Selepas lori air di Selangor, Ustaz Ebit Lew sewa kapal terbang pula untuk hantar bantuan COVID-19 ke Sabah

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Baru-baru ini, gangguan bekalan air tidak berjadual itu telah berlaku melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Kejadian itu menarik perhatian pendakwah bebas yang tidak asing lagi dalam kalangan kita iaitu Ustaz Ebit Lew untuk membantu penduduk terjejas dengan menyewa 2 buah lori tangki air bagi meringankan beban mereka.

Kini, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat pujian orang ramai melalui bakti dan amal yang dilakukannya apabila beliau menyewa sebuah kapal terbang kargo bagi tujuan menyampaikan barangan bantuan dari Semenanjung ke Sabah.

Tindakan itu dilakukan kerana beliau bimbang dengan keadaan penduduk Sabah yang kini menghadapi gelombang wabak Covid-19 yang serius selepas Pilihanraya Negeri dilakukan tidak lama dahulu.

Menurut Ustaz Ebit, ramai pihak yang meminta bantuan daripadanya terutama barang-barang keperluan perubatan.

Justeru pada pagi Jumaat (30/10/2020), Ustaz Ebit menghantar bantuan set perubatan seperti kelengkapan PPE (peralatan perlindungan diri), face shield, pelitup separuh muka dan sarung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas barisan hadapan di Sabah.

“Doakan ya, risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.

“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.

“Doakan ya insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya.
Ebit Lew berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut beliau turut memuat naik video ketika bantuan itu dihantar menaiki kapal terbang kargo.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan usahanya yang luar biasa dalam menghantar bantuan.

“Ya Allah semoga usaha Ustaz sentiasa diberkati Allah dan bermanfaat buat semua orang ,” komen salah seorang netizen.

“Semoga dipermudahkan segalanya buat Ustaz didunia dan akhirat...” komen salah seorang warga maya.

“Tak mampu nak sedekah atau bantu banyak macam ni teringin nak buat macam mana ustaz buat ni,” kata salah seorang pengikutnya.

Di Facebook pula, hantaran di akaun rasmi milik Ustaz Ebit Lew mendapat sehingga 94 ribu reaksi, 8 ribu perkongsian dan lebih 5 ribu komen, rata-ratanya memberi komen positif atas kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram