Zoo Kelantan akan dibuka semula setelah ditutup 20 tahun !
Surga Route
|
18 December 2020
Berita baik ! Zoo Kuala Krai atau Zoo Kelantan yang merupakan satu-satunya zoo di Kelantan dijangka dibuka semula pada bulan Jun tahun depan setelah ditutup kira-kira 20 tahun yang lalu !
Dr Izani Husin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan berkata kerja-kerja bagi menyiapkan infrastruktur seperti pagar, laluan, landskap serta kandang haiwan dan sangkar burung sedang dilakukan buat masa ini.
Pintu hadapan Zoo Kelantan. Sumber : NST
Menurutnya zoo berkenaan adalah berkonsepkan Taman Hutan Bandar di mana pengunjung boleh "bermain-main" dan berinteraksi dengan haiwan yang ada di situ manakala haiwan liar seperti harimau, buaya, singa atau gajah tidak akan ditempatkan di zoo tersebut disebabkan kos penjagaannya yang tinggi.
"Di zoo itu kita akan lebih banyak meletakkan haiwan seperti burung, landak, rusa, kambing pelbagai spesis dan lain-lain.. pengunjung khususnya kanak-kanak boleh bermain dengannya.
"Sebagai contoh, kanak-kanak boleh memberi makanan kepada haiwan, dan ini membentuk hubungan antara manusia dengan haiwan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Dr Izani berkata, apa yang paling menarik ialah kawasan zoo seluas 2.22 Hektar itu terletak di pinggir bandar Kuala Krai menawarkan pemandangan yang menarik kerana terletak di kawasan tinggi selain laluannya yang agak berbukit.
Pintu hadapan Zoo Kelantan. Sumber : Harian Metro
Bagi menguruskan kos penyelenggaraan dan membayar gaji kakitangan zoo tersebut, pengunjung akan dikenakan kadar bayaran masuk yang tertentu .
Yang paling unik, zoo ini mempunyai empat aras di mana aras bawah mempunyai surau dan kawasan rehat untuk keluarga bersantai.
Difahamkan, zoo dan Muzium Kuala Krai beroperasi selama berpuluh-puluh tahun sebelum ditutup dan diganti dengan Taman Burung pada 2007 yang akhirnya turut ditutup pada 2010 ekoran kos perbelanjaan makanan haiwan yang tinggi.
Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]
Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]
Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]
Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]