5 Negeri paling banyak terima pelancong selepas tamat PKP pada 2020
Surga Route
|
6 January 2021
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekang wabak COVID-19 dari terus merebak .
Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan.
Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya tahan yang tinggi.
Mujurlah, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 telah berjaya memberi sedikit nafas lega buat mereka malah, pengumuman tersebut merupakan kunci kepada pertumbuhan semula pasaran pelancongan tempatan.
Untuk menilai permintaan tahap permintaan bagi pelancongan domestik, pihak Tourism Malaysia telah menjalankan tinjauan dalam talian serta temu ramah secara bersemuka dari 25 September hingga 19 Oktober 2020, tinjauan kedua yang dijalankan semasa krisis Covid-19, selepas tinjauan pertama yang dijalankan dalam talian dari 7 hingga 13 April 2020.
Sebanyak 12,281 responden telah mengambil bahagian dalam tinjauan. Daripada jumlah itu, kira-kira 40.2% responden adalah 31 hingga 40 berumur, 23.1% berumur 22 hingga 30 tahun, 19.9% berumur 41 hingga 50 tahun, 7.1% berumur 18 hingga 21 tahun, 6.9% berumur 51 hingga 60 tahun berumur tahun dan 2.7% berumur 61 tahun dan di atas.
Antara penemuan utama dari tinjauan adalah berkaitan negeri yang dilawati . 5 Negeri yang paling banyak dilawati berdasarkan kajian tersebut adalah :
1 - PAHANG (30.2%)
Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi memberi suasana seolah-olah di Perkampungan Kecil Perancis, teletak hanya 1 jam dari Kuala Lumpur
Pahang muncul sebagai negeri paling banyak menerima kehadiran pelancong setelah tamat PKP , mungkin kerana negerinya yang besar dan mempunyai pelbagai tarikan yang pelbagai dan terletak berdekatan dengan ibu negara.
Antaranya adalah Cameron Highlands yang terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur, Genting Highlands 1 jam dari Kuala Lumpur dan Janda Baik juga kira-kira 1 jam dari Kuala Lumpur.
Selain itu , Pahang juga pernah muncul sebagai antara negeri zon hijau yang kekal tanpa sebarang kes jangkitan baharu COVID-19 selama hampir sebulan.
2 - MELAKA (26.6%)
Sebagai sebuah Bandaraya Bersejarah dan juga kaya dengan budaya, tidak hairanlah jika Melaka muncul sebagai negeri kedua yang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong tempatan paling ramai iaitu sebanyak 26.6%.
Selain mempunyai lokasi yang dekat dengan ibu negara Kuala Lumpur, Melaka sering menjadi pilihan bagi warga kota yang ingin melakukan 'weekend-getaway' atau jalan-jalan cari makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Yang paling seronok, lokasi atau tempat-tempat menarik di Melaka terletak berdekatan antara satu-sama lain mejadikan ia sebagai lokasi mudah buat para pelancong.
3 - KUALA LUMPUR (24.7%)
River Of Life, tarikan baharu di Kuala Lumpur
Menduduki carta ketiga, Kuala Lumpur juga menerima ramai kedatangan pelancong luar iaitu sebanyak 24.7%.
Sepanjang tahun 2020, banyak hotel-hotel terkenal 2 sehingga 5 bintang dan tempat-tempat pelancongan yang terkenal di ibu negara mengadakan promosi istimewa serta pemotongan harga bilik atau tiket masuk bagi menarik perhatian pengunjung daripada serata negeri untuk membawa keluarga berjalan-jalan di ibu kota dan juga buat warga kota mengambil angin setelah diarahkan untuk duduk di rumah sehingga hampir 2 bulan.
Dengan pemantauan ketat serta penetapan SOP yang teratur terutama di lokasi tarikan orang ramai, membuatkan pelancong domestik juga tidak terlalu bimbang dan mengambil kesempatan tersebut untuk melakukan perjalanan santai ke Kuala Lumpur serta melawat bangunan-bangunan ikonik di ibu negara.
4 - SELANGOR (23.7%)
Tarikan melihat Kelip-Kelip di Selangor
Berada di tempat keempat, Selangor yang paling hampir dengan Kuala Lumpur juga menerima tempias kedatangan pelancong teramai iaitu 23.7%.
Mungkin juga kerana rata-rata responden survey ini tinggal di Selangor (26.8%) . Bercuti tidak semestinya ke tempat jauh, di negeri sendiri pun boleh. Selangor sebenarnya mempunyai daya tarik yang tersendiri. Bandar-bandar Besar di Selangor seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam memberikan percutian gaya urban dengan tempat-tempat menariknya adalah cafe-cafe unik, hotel-hotel besar atau lokasi makan-makan.
Kafe dengan Pemandangan Padi di Sekinchan, Selangor.
Manakala, bahagian lain Selangor seperti daerah Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor sebenarnya mempunyai daya tarik pelancongan Eko dan Agro yang sangat menarik !
5 - NEGERI SEMBILAN (23.5%)
Sementara itu, Negeri Sembilan berada di tempat kelima sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong pada tahun ini iaitu sebanyak 23.5%.
Keunikan adat dan budaya Negeri Sembilan menjadi tarikan utama mengapa negeri tersebut mampu menawan hati pengunjung luar untuk bercuti ke sana, selain promosi dan pakej pelbagai penginapan di bandar pelancongan terkenal negeri itu iaitu Port Dickson yang sering menjadi pilihan percutian hujung minggu terutama bagi warga kota.
Bayangkan, hanya 1 jam sahaja perjalanan , warga kota sudah boleh merasai dunia yang berbeza dari hiruk pikuk kota. Misalnya, ke Port Dickson bagi percutian di tepi pantai, atau ke Rembau dan Kuala Pilah bagi mencari kedamaian dan suasana kampung.
Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]
Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]
Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]
Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]