PKP Penuh : 7 lagi hotel di Langkawi 'gulung tikar'

Dikemas Kini: 21 Jun 2021
Surga Route

Semenjak pandemik COVID-19 melanda Malaysia, industri pelancongan makin suram dengan sekatan perjalanan antarabangsa dan juga sekatan pelancongan domestik yang 'on-off' menyebabkan penggiat industri pelancongan terbeban.

hotel di Langkawi terpaksa gulung tikar
Kredit : Amuse

Terbaru, tujuh lagi hotel di Langkawi, ikon pelancongan di Malaysia terpaksa ‘gulung tikar’ dengan kerugian dianggarkan bernilai RM25 Juta. Keadaan itu berlaku berikutan kehadiran pelancong ke pulau peranginan tersebut merosot sebelum ini dan memasuki fasa tenat kerana terpaksa menutup operasi sepenuhnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bermula sejak 1 Jun.

Dikatakan, bangunan-bangunan hotel yang telah gulung tikar mungkin akan ditukar kepada rumah atau unit bilik sewa.

Top Langkawi Travel Tips | Paradise 101

Penggiat pelancongan di Langkawi turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan pulau peranginan popular negara itu yang mungkin ‘hilang’ daripada radar sektor pelancongan negara. Mereka juga percaya lebih banyak pengusaha yang akan gulung tikar andai sektor pelancongan Langkawi tidak dibuka mengikut pelan pemulihannya pada September atau Oktober ini.

Top Things to See and Do in Langkawi, Malaysia

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Eugene Dass, merayu agar kerajaan Pusat dan negeri mempertimbang insentif serta bantuan seperti diskaun tarif elektrik dan pengecualian cukai pintu bagi membantu pengusaha hotel yang terpaksa menutup operasi mereka sepanjang PKP 3.0 ini.

Beliau juga berharap proses vaksinasi disegerakan dalam kalangan petugas hotel bagi memastikan pelan pemulihan sektor berkenaan berjalan lancar. Setakat ini MAH sudah menghantar 30,000 nama kepada Kementerian Kesihatan untuk divaksin tetapi belum ada maklum balas.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA : HOTEL DI LANGKAWI GULUNG TIKAR AKIBAT COVID-19 […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram