AirAsia Bhd menerusi super app miliknya akan meneroka perkhidmatan e-hailing, sekali gus menuju ke arah melengkapkan ekosistem perniagaan bukan penerbangan bersepadu di Malaysia.

Fresh groceries direct to your doorstep with airasia.com super app —  airasia newsroom

Rancangan penyertaan airasia super app dalam perkhidmatan e-hailing dilihat tepat pada masanya bagi meningkatkan akses pengguna kepada perkhidmatan sedemikian mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi sebelum COVID-19 melanda dunia.

Berdasarkan komitmen yang diberikan menerusi 15 produk yang terdapat di bawah super app dengan tawaran harga dan komisen lebih rendah kepada pengguna serta peniaga, AirAsia melalui e-hailing mampu menawarkan tambang lebih kompetitif yang memberi manfaat kepada pelanggan.

Ketua e-dagang bagi airasia super app, Lim Ben-Jie
Ketua e-dagang bagi airasia super app, Lim Ben-Jie

Ketua e-dagang bagi airasia super app, Lim Ben-Jie, berkata struktur perkhidmatan e-hailing yang bakal diterokai oleh AirAsia sedang diperkemaskan sebelum dilancarkan tidak lama lagi.

airasia akan menggunakan alphard & vellfire bagi e-hailing mereka

Dalam pada itu, Ketua pegawai eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes, melalui laman media sosial Linkedin beliau telah seolah-olah memberikan petunjuk bahawa Airasia akan menggunakan kenderaan Toyota Vellfire & Toyota Alphard untuk membawa penumpang mereka nanti.

airasia akan menggunakan alphard & vellfire bagi e-hailing mereka

Fernandes memuat naik sebuah gambar 10 kenderaan MPV Toyota Vellfie & Alphard dengan kapsyen : “ride-hailing gaya AirAsia adalah berbeza daripada Grab dan Uber. Budaya berbeza, kabin berbeza dan banyak lagi.”

Dalam muat naik tersebut, Fernandes turut menyatakan, “AirAsia sentiasa adalah sebuah syarikat penghantar, menghantar (melalui kapal terbang) orang ke destinasi sekitar dunia, [dan sekarang] menghantar makanan, pakej, produk fintech serta juga pembelajaran atas talian. Sekarang, pergi ke jalan pula.” Beliau bagaimanapun tidak memberitahu perincian lebih lanjut.

Fuh, lepas ini naik e-hailing pun ada class ! Alphard & Vellfire tuu !

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
8 September 2021
Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu […]

Selanjutnya
1 September 2021
'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin. Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti. Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' […]

Selanjutnya
11 August 2021
Malaysia Airlines tawar tambang istimewa buat penerima lengkap dos vaksin COVID-19

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, […]

Selanjutnya
11 August 2021
MATA minta pengunjung dan pekerja patuhi SOP bendung penularan COVID-19

Berikutan kebenaran merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk individu lengkap dua dos vaksin Covid-19 , Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berharap agar semua ahlinya memastikan setiap pengunjung dan pekerja mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata, bagi ahli MATA terutama hotel dan inap desa, ia sudah tentu […]

Selanjutnya
7 August 2021
Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021). Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram