AirAsia Menurunkan Harga Tiket Dari RM1000 Sehingga Kepada RM200 Untuk ke Kuching

Dikemas Kini: 29 November 2021
Surga Route

Susulan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak. AirAsia memaklumkan bahawa syarikat mereka akan menurunkan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching daripada kira-kira RM1,000 kepada kurang RM200 sehala.

Portal FreeMalaysiaToday melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, AirAsia sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan telah beberapa kali menyerahkan permohonan untuk menambah kekerapan penerbangan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak sejak awal tahun ini termasuk permohonan terakhir yang dikemukakan minggu bagi musim cuti Krismas dan Tahun Baharu Cina.

AirAsia believes in creating, sharing prosperity | The Star
etua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat 

AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada MOTS dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk menambah 42 penerbangan seminggu dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad dari 11 Disember sehingga 5 Januari 2022.

Ini secara langsung dapat menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching daripada sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala kerana kos operasi secara keseluruhan dapat ditampung dengan jualan tiket yang lebih banyak.

Riad berkata, jumlah kekerapan penerbangan yang dihadkan adalah faktor utama melonjakkan harga tiket kerana mereka memerlukan jumlah tempahan tinggi untuk membolehkan penumpang menikmati tambang rendah dan banyak penjimatan.

AirAsia confident of interstate and international travel revival in the  near future — airasia newsroom

Katanya, model penetapan harga AirAsia berdasarkan permintaan dan penawaran yang turut digunakan oleh syarikat penerbangan lain di seluruh dunia.

Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan yang dihadkan SDMC menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga tinggi apabila tiket pada harga rendah habis terjual.

Kuching International Airport - Wikipedia
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Tambah Riad, kelulusan terbaru daripada MOTS, pihaknya hanya dibenar mengendalikan lima penerbangan harian bagi laluan popular ini dan ini merupakan pengurangan 67 peratus dalam kapasiti mereka disebabkan sekatan SDMC.

Bagaimanapun, AirAsia akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk untuk kesihatan, penerbangan awam dan badan penggalakan pelancongan bagi memastikan pematuhan tertinggi semua peraturan dan garis panduan bagi penerbangannya.

Nampaknya, rungutan netizen akibat harga tiket penerbangan ke Sarawak umpama mahu terbang ke London akhirnya dapat diselesaikan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak & Syarikat Penerbangan sendiri.

BACA JUGA : MACAM NAK PERGI LONDON ! HARGA TIKET KE SARAWAK JADI BUALAN NETIZEN

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram