AirAsia X (AAX) Terima 99.8% Kelulusan Untuk Penstrukturan Semula

Dikemas Kini: 2 Jun 2021
Surga Route

AirAsia X Bhd (AAX) akan melaksanakan penstrukturan semula bagi membolehkannya pulih kembali selepas berdepan dengan kerugian disebabkan pandemik COVID-19.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya berkata ia sudah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.

Air Asia plans to open a restaurant serving airline food – Business  Traveller

"Dalam EGM itu, pemegang saham bersetuju dengan langkah penstrukturan semula AAX . Kelulusan itu menandakan kejayaan besar dalam proses penyusunan semula korporat kami.

"Semua resolusi diluluskan dengan sekurang-kurangnya 99.8 peratus. Kelulusan ini diperoleh serentak dengan rundingan akhir yang dijalankan dengan pemiutang," katanya.

AAX berkata, penasihat penstrukturan kumpulan, Seabury Capital yang berpangkaan di New York melaksanakan perbincangan secara aktif dan produktif dengan pemajak dan pemiutang setelah persetujuan diberikan oleh mahkamah untuk mengadakan Court Convened Meeting (CCM).

AirAsia X (AAX) terima lampu hijau
AirAsia X

CCM ini katanya dijadualkan akan berlangsung pada akhir Julai atau Ogos.

"AAX bertekad untuk memulakan semula operasi komersial secepat mungkin setelah berjaya menyelesaikan rancangan penstrukturan dan sempadan antarabangsa di buka," katanya.

AAX merekodkan kerugian bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM5.67 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Pendapatan anak syarikat AirAsia Bhd itu susut 29.6 peratus suku ke suku kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan armada pesawatnya masih tidak boleh beroperasi sejak April tahun lalu, kesan daripada COVID-19 selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.

AirAsia becomes first airline to touch down at Melbourne's second  international airport - Avalon — airasia newsroom

AAX juga mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.

Ini katanya termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram