Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter

Dikemas Kini: 9 Disember 2021
Surga Route

Bandaraya Kuala Lumpur dengan gemerlipan cahaya lampu di waktu malam memang sangat cantik. Tidak hairanlah ramai yang sanggup membuat perjalanan sehingga ke Bukit Ampang atau membayar mahal bagi menaiki dek observatori hanya untuk menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure

Tapi, apa kata jika anda menikmati pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam dengan sedikit 'twist'? Selalunya tengok pemandangan dengan jiwa yang tenang, nafas perlahan dan relaks kan. Kali ini, lihat pemandangan sambil uji sikit adrenalin dan nafas yang kencang !

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Kee Obsessedred

Kerana apa ? Kerana ini adalah salah satu tarikan yang orang ramai tak tahu. 'Flying Fox' pada waktu malam di sebuah bukit yang memerlukan anda mendaki kira-kira 20-25 minit . Fuh !

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure

Ini adalah aktiviti Night Flying Fox di Bukit Besi, Alam Damai Cheras yang diusahakan oleh kumpulan anak muda yang bergelar Raska Adventure sekaligus menjadi aktiviti baru bagi penggemar sukan lasak.

Seperti kami beritahu tadi, sebelum boleh sampai ke kawasan 'flying fox' ini, pengunjung perlu membuat pendakian kira-kira 20-25 minit untuk sampai ke puncak Bukit Besi yang terletak pada ketinggian 291 Meter. Pendakian akan bermula berdekatan OCBC Alam Damai.

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure

Setelah tiba di puncak, anda akan menaiki 'flying fox' , ini adalah masanya untuk mengabadikan momen-momen yang unik ini. Pelbagai 'prop' atau peralan disediakan oleh pihak pengurusan sebagai aksesori untuk membuatkan gambar anda lebih bergaya.

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure

Jika anda berminat dengan aktiviti ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Tiada 'walk-in' dibenarkan, iyalah nak datang ke lokasi ini pun sukar dan memerlukan staff. Jadi, memang perlu buat tempahan mengikut slot yang ditetapkan supaya kehadiran anda dapat diuruskan bermula dari kaki bukit lagi.

Pakej bagi aktiviti ini ditawarkan pada kadar harga RM65 bagi dewasa manakala RM30 bagi kanak-kanak. Anda boleh menghubungi Encik Din di 013-3484674 untuk sebarang pertanyaan lanjut serta tempahan.

Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure
Aktiviti Flying Fox Waktu Malam Sambil Lihat Pemandangan KL Pada Ketinggian 291 Meter
Kredit : Raska Adventure



0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram