Perlis, Kelantan & Terengganu dijangka beralih ke fasa 2 PPN seawal minggu hadapan

Dikemas Kini: 1 Julai 2021
Surga Route

Beberapa negeri dijangka akan beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara.

Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kelantan dan Terengganu , dan jangkaan pealihan ke fasa 2 buat negeri-negeri ini adalah seawal minggu hadapan.

BACA : FASA-FASA PPN, APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN

Kerajaan Persekutuan di Putrajaya mencadangkan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di negeri-negeri tersebut melihatkan kepada kejayaan negeri-negeri tersebut mencapai 3 indikator nilai ambang Fasa PPN yang telah ditetapkan.

Indikator itu ialah purata kes harian COVID-19 berada di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana serta 10 peratus daripada penduduk telah mendapatkan suntikan vaksin.

fasa PPN sumber KKM
Fasa-fasa PPN

Perincian mengenai peralihan fasa PPN di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Is Muhyiddin risking a constitutional crisis amid Malaysian king's calls to  reconvene parliament? | South China Morning Post

Langkah ini bagi memberikan ruang kepada penduduk, peniaga dan pemain sektor industri di negeri-negeri tersebut untuk kembali bernafas setelah dipaksa untuk menutup operasi.

PKP penuh akan diteruskan -PM - Kosmo Digital
Gambar Hiasan : Kosmo !

Buat masa sekarang, negeri Perlis, Kelantan & Terengganu menunjukkan kesan positif dari Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes COVID-19 yang masih tinggi di negeri-negeri lain seperti Selangor,Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Perubahan strategi ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all

Sumber : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram