china anus test covid 19 guna calitan dubur kesan covid 19

China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID-19 Bagi Pelancong Asing

Dikemas Kini: 5 November 2023
Surga Route

Kerajaan China mewajibkan sampel bagi ujian COVID-19 dilakukan menerusi calitan dubur ke atas sebahagian warga negara asing yang tiba ke negara itu. Kerajaan negara tersebut mendakwa prosedur itu lebih tepat berbanding ujian Covid-19 lain.

China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID-19 Bagi Pelancong Asing

Doktor-doktor di China telah menggunakan ujian calitan dubur terhadap pesakit yang dikuarantin untuk memeriksa sama ada mereka bebas daripada Koronavirus.

Pakar penyakit respiratori China, Li Tongzeng memberitahu media tempatan bahawa virus Covid-19 dapat dikesan lebih lama dalam sampel najis berbanding mukus hidung atau kerongkong.

Bagaimanapun, prospek pelawat asing perlu melalui saringan tersebut menimbulkan kontroversi.

China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID-19 Bagi Pelancong Asing

Sebelum ini, Jepun meminta China untuk berhenti menggunakan ujian “tidak bermaruah” itu. Sebilangan penumpang berkata, kaedah tersebut menyebabkan mereka “menderita secara psikologi”.

Pada Minggu lalu, China didakwa mengarahkan diplomat Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani ujian calitan dubur yang menimbulkan perbalahan dengan Jabatan Negara AS.

Beijing telah menolak dakwaan itu tetapi Washington melabelkan ujian tersebut sebagai “tidak bermaruah”.

Sebagai tindak balas, soerang doktor di China, Lu Hongzhou memberitahu media tempatan bahawa pelancong boleh memberikan sampel najis mereka di lapangan terbang sebagai ganti.

Prosedur  tersebut melibatkan memasukkan pelapik kapas sekitar tiga hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan memutarnya dengan lembut.

Seperti kaedah calitan hidung, pelapik itu kemudian dikeluarkan sebelum diletakkan di dalam bekas sampel.

Keseluruhan prosedur itu dikatakan memakan masa sekitar 10 saat, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China. – Agensi

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram