COVID-19 : Kerajaan Arab Saudi terima vaksin Sinovac

Dikemas Kini: 14 Julai 2021
Surga Route

Jika sebelum ini kami melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak menerima pelawat luar yang disuntik dengan vaksin Sinovac, dan hanya akan diterima jika pelawat tersebut menerima suntikan vaksin dari 4 jenama iaitu Pfizer-BioNtech, AstraZeneca, Moderna, Johnson & Johnson.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi tahu bahawa Arab Saudi kini memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.

Beliau sekali gus meminta agar berita gembira itu disampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin jenis tersebut dan berniat untuk menunaikan haji dan umrah akan datang.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Tiada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac.

kerajaan arab saudi tambah lebih banyak jenis vaksin
Senarai vaksin yang diterima di Arab Saudi

“Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi,” katanya menerusi Facebook beliau. Hal yang sama, turut disebutkan di akaun Twitter rasmi beliau.

Di dalam senarai yang dikeluarkan, kelihatan Arab Saudi telah menyenaraikan sebanyak 6 jenama vaksin yang diterima berbanding 4 sebelum ini. Dua jenama yang baru memasuki senarai adalah vaksin sinopharm dan juga vaksin sinovac. Kedua-dua jenama vaksin ini adalah dari Negara Tembok Besar, China.

Bagaimanapun, terdapat ura-ura mengatakan bahawa pelawat asing perlu mendapatkan suntikan ketiga sebelum diterima memasuki negara itu.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada dan jemaah umrah pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram