Dah ambil vaksin COVID-19 ? Ini senarai promosi untuk anda !

Tag:
Dikemas Kini: 4 Jun 2021
Surga Route

Jom ambil vaksin COVID-19 dan tebus promosi-promosi ini !

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 171,292,827 kes COVID-19 telah direkodkan di seluruh dunia. Menurut kajian pakar, antara cara bagi melenyapkan COVID-19 ini adalah dengan mendapatkan imuniti kelompok iaitu keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu yang diperolehi daripada imunisasi.

Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan 'imuniti kelompok' dapat dicapai dan penularan #COVID19 dapat dikawal.

Bagi memastikan orang ramai memberi kerjasama untuk mencapai kelompok imuniti, banyak negara sudah menjalankan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin COVID-19.

Tak kurang hebatnya di Malaysia yang menyasarkan vaksin COVID-19 akan diterima oleh 80% penduduk. Pelbagai pihak tampil menyediakan inisiatif bagi menggalakkan serta memberi penghargaan kepada masyarakat yang telah menunaikan tanggungjawab mendapatkan vaksin COVID-19.

Disini kami senaraikan beberapa promosi yang ditawarkan oleh beberapa premis makanan & minuman buat sesiapa yang telah mendapatkan suntikan vaksin COVID0-19 yang pertama atau vaksin penuh. Anda hanya perlu tunjuk kad atau status sudah divaksin di aplikasi MySejahtera, boleh menebus promosi yang ditawarkan oleh pelbagai F&B yang disenarai ini.

MyBurgerLab

Menu | myBurgerLab | Est. 2012
Kredit Gambar : Myburgerlab

Rakyat Malaysia yang sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama vaksin boleh menebus baucar dengan nilai RM10 melalui aplikasi myBurgerLab+ yang boleh dimuat turun menerusi Google Play atau App Store.

Promosi: Warganegara Malaysia yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos akan boleh menebus baucar RM 10 melalui aplikasi MyBurgerLab+. Buat masa sekarang, anda hanya boleh menebus promosi ini jika anda membuat pesanan di premis mereka untuk bungkus & bawa pulang. Lokasi mereka terletak di Sunway, Taman OUG, Seapark , Cyberjaya, Mytown Cheras & Bangsar.

Cara Menebus: Setelah memuat turun aplikasi dan mendaftar akaun, klik pada butang "i'm Vaccinated" di laman utama aplikasi. Kemudian masukkan beberapa maklumat peribadi anda & muatnaik satu tangkap layar status vaksin COVID-19 di MySejahtera anda. Kemudian, baucar RM10 akan dikreditkan ke dalam apikasi anda.

Sahlaku :  Sehingga Notis Lanjut

Boleh lihat lebih lanjut mengenai promosi ini dibawah.

LLaollao Malaysia

sesiapa yang mendapatkan vaksin covid-19 boleh mendapatkan diskaun 15% llaollao

Rakyat Malaysia yang sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama vaksin boleh mendapatkan diskaun 15% daripada bil keseluruhan anda di Llaollao.

Promosi: Warganegara Malaysia yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos boleh mendapatkan diskaun 15% daripada bil keseluruhan anda di Llaollao.

Menu yang sah adalah Medium tub, large tub, sanum, smoothies, smoothie plus, twin tub combo. Promosi ini tidak sah bagi petitllao, small tub, takeaway single tub, dan 500gm takeaway tub.

Promosi ini hanya sah dengan pembelian secara fizikal di premis. Tiada ganjaran mata MyLlaollao club akan diberikan dan promosi ini juga tidak boleh digunakan bersama dengan promosi lain.

Cara Menebus: Pamerkan status vaksin COVID-19 di MySejahtera

Sahlaku :  Sehingga 31 Ogos 2021.

Jibril SS 15 & Mona By Jibril

Terkenal dengan salted egg butter chicken, punyalah baik apabila mereka memberikan menu ini kepada penggemar secara percuma. Ia Juga boleh ditebus di cawangan Mona by Jibril.

Restoran Jibril ini terletak di SS15 Petaling Jaya manakala Mona by Jibril terletak di Publika Shopping Gallery.

Promosi: Percuma Salted Edd Butter Chicken

Cara Menebus: Tunjukkan status vaksin di MySejahtera ataupun kad vaksin

Sahlaku :  Sehingga Notis Lanjut

Temerloh Catering , Shah Alam

Bagi menunjukkan sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan , Temerloh Catering memberikan tawaran Set Patin Tempoyak Kecil dengan harga HANYA RM7.00 jika anda menunjukkan bukti vaksinasi anda di aplikasi MySejahtera.

Dapatkan sekarang dengan hanya walk-in ke restoran mereka di Seksyen 15 Shah Alam dan tunjukkan status vaksin anda.

Promosi: Diskaun set patin tempoyak kecil

Cara Menebus: Tunjukkan status vaksin di MySejahtera ataupun kad vaksin

Sahlaku :  Sehingga 30 Jun 2021

Whatsapp untuk booking/order atau pertanyaan lebih lanjut
https://VaccinePatin.wasap.my

Vanilla Crepe

Sesiapa yang teringinkan Vanilla Mille Crepe, anda boleh dapatkan promosi ini juga tau !

Promosi: Beli 1 Percuma 1 (Beli satu potong kek, dan anda boleh dapatkan lagi satu potongan kek secara percuma)

Cara Menebus: Tunjukkan status vaksin di MySejahtera ataupun kad vaksin COVID-19

Sahlaku :  Tiada tarikh akhir (Sehingga notis lanjut). Sah di outlet mereka di Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, SS15, IOI City Mall, Mid Valley

Churitto's Fresh Max

Sesiapa yang mengindamkan makanan Mexico, ini adalah peluang anda untuk mendapatkannya secara percuma !

Promosi: Dapatkan 1 Soft Taco dan Mojito (Tanpa Alkohol) secara percuma tanpa perlu membuat pembelian

Cara Menebus: Tunjukkan status vaksin di MySejahtera ataupun kad vaksin

Sahlaku :  Tiada tarikh akhir (Sehingga notis lanjut). Sah di outlet mereka SS15 dan Publika

The Brew Crew

Buat pencinta kopi, anda boleh mendapatkan diskaun 50% pembelian minuman di The Brew Crew. Bagaimanapun, promosi ini tidak sah di kesemua cawangan mereka.

Promosi: Dapatkan Diskaun 50% untuk 1 minuman.

Promosi ini hanya sah di cawangan Central I-City Mall (Shah Alam), Menara Serba Dinamik (Shah Alam) , The Brew Crew Express @ Ascen+ Pharmacy, Tropicana Gardens Mall (Petaling Jaya).

Promosi ini tidak terpakai di The Brew Crew Wireless Walk & The Brew Crew Express Albayt Square, Miri.

Cara Menebus: Tunjukkan status vaksin di MySejahtera ataupun kad vaksi

Peekaboo Cafe

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram