Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan rakyat supaya tidak merentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha 1442 Hijrah minggu depan.

Beliau berkata pertambahan kes dan kluster akibat rentas negeri ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

“Rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih belum dibenarkan, dan kebanyakan negeri masih berada dalam Fasa Dua.

timbalan perdana menteri mengingatkan rakyat supaya tidak merentas daerah & negeri sempena aidiladha
KUALA LUMPUR, 2 April -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah ‘Projek Usahasama Yayasan Veteran ATM dan Pasukhas Development Sdn. Bhd. di Jalan Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Saya harap masyarakat ambil iktibar daripada kejadian Aidilfitiri…meskipun rentas negeri tidak dibenarkan masih ada yang ingkar sehingga kes memuncak naik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai mesej tular rentas daerah dan negeri dibenarkan sempena Aidiladha selepas melawat pusat pemberian vaksin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan lorong-lorong tikus untuk cuba pulang ke kampung.

“Kita boleh lepas daripada polis tapi mungkin tidak lepas daripada jangkitan COVID-19. Justeru, kita jaga kita, buat kawalan kendiri, tolong jangan rentas negeri dan daerah. Jika dah capai imuniti kelompok, mungkin kita dah boleh rentas negeri selepas itu, jadi sabar,” katanya.

 BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram