Kehidupan di seluruh dunia dijangka tidak akan normal sekurang-kurnagnya sehingga dua atau tiga tahun lagi, berdasarkan kadar pengedaran vaksin Covid-19, lapor pakar kesihatan.

Pembantu Profesor bagi Polisi Kesihatan Global di London School of Economics berkata, pandemik tidak akan berakhir sehingga seluruh populasi di dunia mendapat perlindungan. 

“Dalam masa sekarang, data menunjukkan pada 2023 atau 2024 sebelum vaksin global diedarkan kepada semua orang. Ia sangat lama. 

“Pandemik ini tidak akan berhenti sehingga ia berakhir di peringkat global. Kita masih tinggal dengan segala bentuk larangan seperti larangan merentas perjalanan, sempadan dan melancong. Jadi sangat penting memastikan semua orang di dunia sekurang-kurangnya mendapat minimum vaksin,” katanya. 

PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19
Gambar Hiasan : Perdana Menteri Malaysia menerima suntikan vaksin

Koment tersebut adalah susulan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa United Kingdom (UK) menghentikan kempen vaksinasi sehingga kumpulan yang terdedah dan berisiko tinggi menerima suntikan bagi memastikan edaran vaksin secara adil di seluruh dunia. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom menegaskan keperluan bagi pengedaran vaksin yang adil serta melarang mentaliti ‘Aku dahulu’ yang menyebabkan pandemik berlanjutan dan manusia merana. 

Dunia tidak normal sehingga 2-3 tahun lagi
Gambar Hiasan : KLIA yang lengang akibat sekatan perjalanan antarabangsa dalam normal baharu. Sumber : The Star

“Sekiranya kita mahu mengembalikan sistem perdagangan dan pelancongan global, kita perlu memastikan kumpulan yang terdedah di peringkat global menerima vaksin.

“Dari sudut pandang ekonomi, supaya tiada lagi kawalan sempadan dan kembali semula kehidupan normal, kita perlu memastikan semua penduduk di seluruh dunia menerima vaksin supaya tiada varian baharu muncul,” katanya. 

5 1 vote
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram