Destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.

ESCAPE Cameron Highlands

"ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,".

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian secara maya antara Pengasas Sim Leisure Group dan Taman Tema ESCAPE iaitu Sim Choo Kheng dengan Pengarah merangkap pemegang saham Hektar Muda Sdn Bhd (pemilik tapak) Datuk Jimmy Doh.

Katanya berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, kementerian itu yakin ESCAPE Cameron Highlands akan terus menerima pujian serta sokongan daripada pelancong.

"Saya dimaklumkan bahawa jenama ESCAPE baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa di Sri Lanka dan akan diperluas ke seluruh rantau ASEAN serta China. ESCAPE akan menjadi duta jenama de facto bagi pelancongan Malaysia di luar negara seperti Disney Park bagi USA atau Legoland bagi Denmark.

ESCAPE Cameron Highlands

"Pelancong antarabangsa tentu sahaja ingin melihat tempat kelahiran jenama ESCAPE iaitu Malaysia," katanya.

Nancy berkata pembukaan destinasi seperti Escape Cameron Highlands akan turut menyokong secara langsung inisiatif kementerian itu antaranya pelan pemulihan pelancongan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang mempunyai tiga teras utama iaitu mengembalikan keyakinan untuk melancong, menyemarakkan pelancongan domestik dan memaksimumkan sumber sedia ada.

Beliau berkata model perniagaan ESCAPE adalah selaras dengan agenda kerajaan untuk merangsang ekopelancongan Malaysia yang akan berperanan sebagai pemangkin dari segi pelaburan pelancongan baharu sambil menanam minat serta menyuntik semangat baharu terhadap sektor ekopelancongan.

"Saya meramalkan pertumbuhan eksponen dalam permintaan kepada pelancongan berasaskan alam semula jadi di seluruh dunia."Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.

Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini," katanya.

Sumber : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Categories: ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram