Escape Cameron Highlands bakal perkenal taman tema berkonsepkan Eropah, siap ada trek luncur salji sejauh 1.2KM !

Dikemas Kini: 3 Ogos 2021
Surga Route

Nampaknya destinasi pelancongan Cameron Highlands akan mendapat satu lagi tarikan baru apabila sebuah taman tema ESCAPE Cameron Highlands bakal dibuka pada 2023 nanti !

ESCAPE Cameron Highlands tidak seperti taman tema lain di tau, disebabkan taman tema lasak ini akan dibina Taman di kawasna bukit-bukau semula jadi Cameron Highlands dan akan mementingkan alam sekitar.

Dikatakan bahawa ESCAPE Cameron Highlands akan menerapkan persekitaran bertema Eropah di Malaysia. Jadi, selepas ini rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman bermain ski ala-ala di Eropah tanpa perlu membuat perjalanan ke luar Malaysia. Jimat guys !

Yang lagi menarik, taman tema ini akan menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui untuk beroperasi, menjadikannya taman tema mesra alam.

Tarikan yang anda boleh jangkakan ialah lereng ski (ski slope) PERTAMA di Malaysia sejauh 1.2km dengan lif ski setinggi 920m. Memang best sebab anda siap boleh menikmati pemandangan indah bukit-bukau di kawasan sekitar.

Permainan Eropah juga akan diperkenalkan. Sudah tentu, terdapat juga vendor F&B yang terkenal dan tempat penginapan mewah di kawasan ini.

escape cameron highlands bakal dibuka 2023

ESCAPE Cameron Highlands akan dibuka melalui 3 fasa. Fasa pertama akan mengambil masa 15 ke 18 bulan dan dijangka selesai pada 2023. Fasa kedua dan ketiga pula akan dilaksanakan selepas itu.

Meh tengok sikit previu taman tema ESCAPE Cameron Highlands ni

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram