FairField by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang, bakal dibuka Disember 2021

Dikemas Kini: 10 Disember 2021
Surga Route

Sebuah lagi hotel mesra poket berjenama antarabangsa di bawah kumpulan Marriott-Bonvoy bakal dibuka di Kuala Lumpur atau lebih tepat di Jalan Pahang.

FairField by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang, bakal dibuka Disember 2021

Ini adalah Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang , hotel Fairfield by Marriott pertama di Kuala Lumpur, sebuah projek kerjasama antara Marriott International Inc dan Johawaki Holdings Sdn Bhd dengan kos pembinaan sebanyak RM 85 Juta dan merupakan hotel ke-16 di bawah kumpulan Marriott-Bonvoy di Kuala Lumpur.

FairField by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang, bakal dibuka Disember 2021
Receptio

Buat ahli program kesetiaan Marriott-Bonvoy pasti tidak asing lagi dengan nama hotel ini yang menawarkan fasiliti lengkap dan hospitaliti terbaik pada kadar harga penginapan yang berpatutan.

Terdapat lebih 700 Hotel Fairfield di Amerika Syarikat, Kanada & Mexico. Tidak lama lagi, anda boleh menikmati pengalaman menginap 'Great Value' yang ditawarkan mereka di Kuala Lumpur.

Aksesibiliti

Lokasinya di Jalan Pahang amat strategik dengan stesen LRT Titiwangsa , Monorel Titiwangsa & Monorel Chow Kit serta lokasi tumpuan iaitu Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Lebuhraya DUKE dan pelbagai lagi.

Fasiliti

Dengan bangunan setinggi 13 tingkat, bangunan ini menempatkan 186 bilik, 1 bilik mesyuarat, gimnasium/pusat kesihatan, ruang istirehat/lounge. Di bawah kumpulan Marriott-Bonvoy, hotel ini diletakkan di bawah 'Category 1'.Jika anda mempunyai urusan di Kuala Lumpur boleh sangat menginap disini nanti.

Bilik

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram