Fantasia Aqua Park Kembali Dibuka 2 Disember Dengan Banyak Pembaharuan

Tag:
Dikemas Kini: 1 Disember 2021
Surga Route

Musim panas-panas macam ini memang seronok kalau bawa keluarga mandi air dan bermandi-manda.

Antara destinasi yang anda boleh kunjungi adalah Fantasia Aqua Park, Jitra, Kedah yang akan kembali dibuka pada 2 Disember, 2021.

Fantasia Aqua Park, Jitra Dibuka 2 Disember 2021
Sumber : Encik Ahmad Rosli

Apa yang menarik kali ini, pihak pengurusan baru telah membuat beberapa penambahbaikan dari segi fasiliti, aktiviti dan pelbagai lagi untuk keselesan pengunjung.

Antara daya tarikan baru adalah rumah gergasi musang king, tempat refleksologi yg dikendalikan oleh OKU & kafe yang menyediakan pelbagai menu makanan untuk mengisi perut.

Fantasia Aqua Park, Jitra Dibuka 2 Disember 2021
Sumber : Fantasia AquaPark

Beberapa aktiviti untuk pengunjung akan ditambah lagi dari semasa ke semasa seperti mencanting batik, zumba.

Konsep "cashless payment " pula diperkenalkan di mana QRcode digunakan untuk setiap perbelanjaan di dalam taman tema. Anda boleh tambah nilai, dan wang lebihan juga akan dipulangkan semula.

Sempena pembukaan semula, Taman tema ini menawarkan promosi harga tiket masuk RM18 bagi semua kategori pengunjung kecuali warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dikenakan bayaran RM12 manakala percuma bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke bawah.

Fantasia Aqua Park, Jitra Dibuka 2 Disember 2021
Sumber : Encik Ahmad Rosli

Pengunjung juga akan disambut oleh empat maskot rasmi mereka iaitu Bee Bee, RaRa, Rem dan juga Eemut yang akan membawa kanak-kanak memasuki ke dunia serangga yang penuh warna-warni. Tiket boleh dibeli di kaunter dan tiada jualan di atas talian buat masa ini

Alamat

Fantasia Aqua Park, Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah

Harga Tiket

  • Dewasa & Kanak Kanak 2 Tahun ke Atas - RM 18
  • Warga Emas & OKU - RM12
  • Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun - Percuma

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram