Feri ikonik Pulau Pinang akan 'bernafas semula'

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Lima buah feri ikonik Pulau Pinang yang tidak lagi digunakan bagi mengangkut penumpang dan kenderaan diserahkan kepada tiga buah syarikat yang berkelayakan untuk diubahsuai dan diberi nafas baru sesuai dengan peredaran zaman.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, inisiatif memberi nafas baru kepada ikon negeri Pulau Pinang itu akan membabitkan Feri Talang-Talang, Feri Pulau Payar, Feri Pulau Undan, Feri Pulau Kapas dan Feri Pulau Pinang.

Majlis penyerahan feri ikonik kepada syarikat yang berkelayakan
Majlis penyerahan feri ikonik kepada syarikat yang berkelayakan

Di antara lima feri ikonik tersebut, hanya Feri Pulau Talang-Talang dan Feri Pulau Undan yang dapat belayar. Tiga feri yang lain tidak dapat diperbaiki lagi dan telah diberhentikan operasi pada akhir tahun 2019.

Syarikat Printhero Merchandise (M) Sdn. Bhd. akan mengubahsuai feri Pulau Pinang menjadi muzium feri Pulau Pinang atau muzium terapung di Tanjung City Marina.

May be an image of 1 person and standing

Muzium Feri Pulau Pinang ini akan mengembalikan nostalgia menaiki feri ikonik kepada semua pelawat muzium terutamanya kepada penduduk Pulau Pinang. Muzium ini akan terdiri daripada pameran bergambar, visual, kedai cenderamata, kafe dan tempat fotografi.

Untuk maklumat, syarikat Printhero Merchandise berpengalaman dalam mengendalikan kedai cenderamata di Stesen Bawah Bukit Bendera, Muzium Negara dan Muzium Perak. Selain itu, syarikat ini juga berpengalaman dalam bidang percetakan dan F&B.

Syarikat Chuen Shin Aquaculture Sdn. Bhd. pula telah memperoleh hak untuk mengubahsuai feri Pulau Kapas dan feri Pulau Payar menjadi restoran terapung dan akan ditempatkan berhampiran Pulau Jerejak.

May be an image of 2 people and people standing

Pelancong-pelancong dapat mengunjungi sangkar- sangkar ternakan ikan, dan juga boleh menikmati makanan laut di restoran terapung, sambil menghadap Selat Pulau Pinang.

Para pelancong juga dapat menikmati pemandangan dua jambatan Pulau Pinang dan menikmati keindahan pemandangan malam di Pulau Pinang serta dapat menikmati keindahan semula jadi Pulau Jerejak.

Rangkaian tarikan pelancong ini pasti akan merangsang industri pelancongan Pulau Pinang dan tentulah menjadi sebagai satu tempat ikonik perlancongan.

Terakhir, Syarikat Kantan Jaya memperoleh hak untuk mengubahsuai feri Pulau Undan dan Pulau Talang-Talang kepada feri pelancongan dan akan berlabuh di Swettenham Pier untuk membawa penumpang sahaja.

May be an image of 2 people and people standing

Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram