Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini.
Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan sehari.

Pihak pengurusan syarikat feri Langkawi turut mengharapkan larangan rentas negeri akan dimansuhkan semula supaya lebih banyak perjalanan dapat dibuka seterusnya dapat membantu industri pelancongan Langkawi yang hampir mati ketika ini dan membuka kembali peluang pekerjaan sektor pelancongan, peruncitan dan perhotelan di Langkawi.
Mengikut rekod, perjalanan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis adalah sebelum ini adalah 10 kali sehari manakala kemasukan melalui Terminal Penumpang Kuala Kedah adalah lapan kali sehari .
Sumber : Harian Metro