'Flight to Nowhere', bawa pelancong Korea Selatan bercuti olok-olok

Dikemas Kini: 7 Ogos 2021
Surga Route

Krisis pandemik COVID-19 menyebabkan ramai dari kalangan sudah tidak dapat melancong atau menaiki pesawat ke luar negara. Memang rindu la kan.

Baru-baru ini, Jin Air iaitu sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Korea Selatan telah melancarkan sebuah program yang dinamakan sebagai ‘Flight to Nowhere’ .

Penumpang akan melalui pengalaman sebenar menaiki pesawat bermula daripada situasi di lapangan terbang seperti proses mendaftar masuk, pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan tiket di pintu masuk dan sebagainya. Tetapi, pesawat yang dinaiki akan berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang sama saja iaitu Incheon International Airport. Sebab itulah program ini dinamakan 'flight to nowhere'.

Dah tu, apa yang menariknya kalau mendarat di tempat yang sama ?

penumpang flight to nowhere dari korea selatan ke kota kinabalu
Kru penerbangan melayani tetamu 'Flight to Nowhere. Sumber : BorneoPost



Program ini sebenarnya dapat mengubati kerinduan buat sesiapa yang merindui suasana menaiki pesawat untuk bercuti. Dapatlah juga penumpang melihat pemandangan dari atas apabila berada di dalam pesawat.

Yang paling best, beberapa destinasidijadikan tema ‘Flight to Nowhere’ Jin Air seperti Hong Kong, Osaka, Okinawa dan Kota Kinabalu !

Tetamu yang menaiki pesawat ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai jenis manfaat dan aktiviti istimewa di dalam pesawat. Antaranya seperti beg goodies.

Flight to Nowhere jin Air
Pesawat Jin Air : Kredit Gambar : FlightGlobal

Bukan itu sahaja, kedai bebas cukai yang terkenal di Korea seperti Lotte, Shilla dan Shinsegae juga turut menawarkan perkhidmatan bebas cukai di dalam pesawat itu. Anak kapal juga akan menyediakan hiburan tambahan seperti kuiz dan cabutan bertuah untuk memastikan perjalanan tersebut kekal menarik dan tidak membosankan.

Usaha yang dilakukan oleh Korea Selatan ini adalah bagi menyokong industri penerbangan tempatan serta sektor bebas cukai untuk terus bertahan di musim pandemik ini.

Sumber : The Bornero Post

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram