Gara-Gara Omicron, Malawi Negara Terkini Disekat ke Malaysia

Tag:
Dikemas Kini: 4 Disember 2021
Surga Route

Malawi menjadi negara terkini dikenakan sekatan perjalanan melalui penerbangan terus atau transit di Malaysia bagi mengekang penularan varian Omicron sekali gus menjadikan jumlah negara dikenakan sekatan sementara itu mencecah lapan, iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dan Malawi.

Selain itu, pengembara bukan warganegara Malaysia dari negara yang melaporkan penularan varian Omicron atau negara yang berisiko tinggi berlaku penularan Omicron termasuk pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan turut dikenakan sekatan memasuki Malaysia.

An adventure through the hotspots of Malawi | Timbuktu Travel

Bagaimanapun, tiada sekatan kemasukan dikenakan kepada warganegara Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka panjang, namun mereka perlu jalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

Mereka perlu lakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas, semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa negara dan pada hari ke 10 tempoh kuarantin wajib.

Penilaian risiko pula akan dibuat pada hari ke-14 tempoh kuarantin wajib dan akan dilanjutkan tempoh kuarantin sekiranya bergejala.

Bagi pengembara warganegara Malaysia yang merancang melawat ke negara yang melaporkan penularan varian Omicron atau berisiko tinggi berlaku penularan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan mereka.

Perancangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara terbabit turut ditangguhkan sehingga gambaran lebih jelas diperoleh mengenai penularan varian Omicron di peringkat global.

Sumber : Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram