GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya

Dikemas Kini: 10 Disember 2021
Surga Route

Antara trend pelancongan terkini yang sangat digemari oleh kumpulan pelbagai usia adalah perkhemahan mahupun glamping. Berbeza dengan perkhemahan yang asas, glamping adalah pakej pakej perkhemahan santai dengan kelengkapan khemah seperti permaidani, pendingin hawa, buaian, spring bed, tilam yang selesa dan sebagainya.

GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya


Selalu kalau kita berfikir mahu melakukan aktiviti yang lebih dekat dengan alam dan mencabar seperti berkhemah dan glamping ini, pasti kita perlu berjalan jauh ke luar bandar. Penat kan , memerlukan masa perjalanan yang panjang pula sedangkan cuti tak banyak.

GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya

Tapi, sekarang tak perlu lagi. Putrajaya pun sudah ada tapak glamping yang menarik tau. Jadi, warga Lembah Klang boleh datang untuk menikmati pengalaman glamping disini.

Ini adalah produk pelancongan terbaru yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya (PPj), Glamping@ Wetland (GL@W), Presint 13, Putrajaya yang telah menerima tempahan pengunjung sejak 9 Disember 2021 yang lalu.

GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya

Menurut Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, glamping@Wetland menawarkan perkhidmatan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengenepikan aspek-aspek keselesaan dan keselamatan untuk pengunjung merasai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan.

Disini, terdapat 10 buah khemah yang boleh menempatkan maksimum 40 orang dalam satu-satu masa selain 20 tapak perkhemahan yang membolehkan pengunjung membuka khemah sendiri.

GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya
GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya

Selain daripada tapak perkhemahan, GL@W juga menawarkan pelbagai kemudahan disediakan sepeti tandas dan bilik mandi, surau, kelengkapan dapur dan pelbagai spot bergambar.

GL@W Putrajaya, Tarikan Terbaru 'Glamping' di Wetland Putrajaya

Terdapat juga pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur antaranya memancing, allterrain vehicle (ATV), flying fox, memanah, trampoline, buaian kayu, kawasan bermain yang luas, permainan dalaman seperti carrom dan sebagainya.

Pada waktu malam pula, pelancong boleh mencuba night trail yang pastinya menawarkan pengalaman yang berbeza berjalan dalam kawasan wetland dengan bunyian unggas dan haiwan malam yang aktif. Boleh juga berhibur dengan aktiviti karaoke dan ditemani unggun api, iaitu salah satu perkara wajib ada bila berkhemah. Makan malam ? BBQ !

Kadar harga penginapan disini dikira per orang, pakej termasuk dengan makanan secara buffet sebanyak 4 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Waktu dibuka sekarang, mereka ada promosi tau ! Untuk maklumat lanjut dan tempahan, klik disini.

Menu Buffet GL@W Putrajaya

Sebagai info, GL@W yang dibuka sekarang adalah merupakan pembinaan fasa 1. Dijangkakan, apabila fasa 1 berjalan lancar, pihak pengurusan akan pertingkatkan lagi dari segi bilangan dan kemudahan yang disediakan di kawasan Taman Wetland dari masa ke semasa seiring dengan penambahan pengunjung.

Setelah destinasi ini menjadi tempat tumpuan pengunjung, lebih banyak peluang-peluang perniagaan akan dibuka kepada penduduk selari dengan tujuan pembangunan Putrajaya yang tidak akan melupakan penduduk Putrajaya.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram