Halang penularan varian COVID-19, Jepun perketat kemasukan warga Malaysia

Dikemas Kini: 27 Jun 2021
Surga Route
Jepun memperketatkan kemasukan pelancong termasuk dari Malaysia bagi mengawal sempadan negara itu untuk menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19. – AFP
JeJepun memperketatkan kemasukan pelancong termasuk dari Malaysia bagi mengawal sempadan negara itu untuk menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19. – AFP

Kerajaan Jepun sedang giat melaksanakan usaha mengawal sempadan negara itu bagi menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19. Salah satu caranya adalah dengan memperketatkan syarat kemasukan warga asing.

Menurut agensi berita Kyodo News, pelancong warganegara Malaysia dan Vietnam yang memasuki Jepun dikehendaki menjalani kuarantin selama enam hari di lokasi-lokasi yang ditetapkan kerajaan negara itu.

Selain itu, Jepun turut menetapkan arahan kuarantin selama 10 hari bagi pelancong dari Afghanistan dan tiga hari untuk mereka yang tiba dari Thailand serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, Jepun telah melaksanakan larangan perjalanan ke atas 159 negeri dan wilayah serta menyekat kemasukan warganegara asing termasuk mereka yang mempunyai status penduduk, yang telah pergi ke negara-negara tersebut dalam tempoh dua minggu lepas, kecuali dalam keadaan tertentu.

Sumber : Kosmo

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram