Hotel Istana umum penamatan operasi bermula 1 September

Dikemas Kini: 1 Julai 2021
Surga Route
Facade of Hotel Istana Kuala Lumpur at night

Nampaknya industri perhotelan di Malaysia benar-benar terjejas gara-gara wabak pandemik COVID-19.

Jika sebelum ini, kami laporkan bahawa beberapa hotel di Langkawi telah gulung tikar, kami sangkakan hotel-hotel gah , gergasi dan bintang 5 masih lagi terselamat. Rupanya, hotel-hotel besar juga begitu terkesan dengan pandemik COVID-19.

BACA : HOTEL DI LANGKAWI GULUNG TIKAR AKIBAT COVID-19

Terbaru, Hotel Istana Kuala Lumpur, sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan operasi pada 1 September ini.

Hotel Istana ini terdiri daripada 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 dan dimiliki Tradewinds Corp Berhad , iaitu sebuah syarikat milik salah seorang jutawan bumiputera terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary.

Malakoff's latest asset disposal to pare down its RM15bil debt | The Star
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary.. Kredit : The Star

Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan Hotel Istana tidak mempunyai pilihan selain menamatkan operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.

Hotel Istana Kuala Lumpur | 5-Star Hotel in Kuala Lumpur City Centre

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Surat yang ditandatangani oleh pengurus besar hotel istana Noorazzudin Omar bertarikh 30 Jun
Notis menamatkan operasi yang ditandatangani oleh pengurus besar

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”

Club Suite that comes with a separate living room furnished with TV and dining area

Selain itu, beliau menambah hotel itu masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19.

Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.

Interior of Songket Lounge, furnished with couches and coffee tables

“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS.“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram