Hotel Paya Bunga, hotel patuh syariah kebanggaan Kerajaan Terengganu

Dikemas Kini: 24 Jun 2021
Surga Route

Hebat ! Rupa-rupanya, di Terengganu terdapat sebuah hotel berkonsepkan patuh syariah milik kerajaan negeri, dibuka sejak 2018. Ramai beranggapan bahawa patuh syariah hanya mengenai makanan halal sahaja.

Entrance

Tetapi, segala urusan operasi hotel disini selari dengan keperluan syariah sama ada pemakaian kakitangan, pergaulan, penyediaan makan minum mahupun perkhidmatan kepada tetamu sekaligus mewujudkan suasana keislaman yang menyeluruh. Di sini, aspek keperluan ibadah pengunjung muslim amat dititikberatkan.

Restaurant

Terdapat laungan azan setiap waktu solat , solat fardhu yang dilakukan secara berjemaah dan pelbagai kuliah diadakan dari masa ke semasa di surau hotel. Mereka juga menyediakan sejadah, kain pelikat dan al-Quran di dalam bilik.

Paling menarik, telekung turut disediakan dan ini memudahkan pengunjung wanita selain buku-buku berkaitan agama untuk bacaan santai.

Super Deluxe Room - Room plan

Bagaimanapun, buat pengunjung bukan Muslim, tidak perlu bimbang. Pematuhan syariah Islam adalah penerapan etika, nilai dan disiplin dalam perkhidmatan menjadikan ia sesuai dengan semua golongan !

Junior Suite

Di sisi lain, Hotel Paya Bunga mempunyai kolam renang di tingkat 11 yang merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandaraya Kuala Terengganu.

Executive Suite Hotel Paya Bunga

Bertaraf tiga bintang, Hotel Paya Bunga yang menelan kos RM90 Juta menawarkan layanan kelas empat bintang dengan harga bilik serendah RM2++ hingga RM2,000 satu malam.

Meeting room / ballrooms
Swimming pool [outdoor]

Terdapat 208 bilik dengan 7 kategori berbeza ditawarkan. Pengunjung juga pasti tertarik dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan kerana mereka memiliki chef yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang perhotelan untuk menjamu pengunjung.

Dari segi lokasi, hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ini menawarkan capaian ke banyak tempat menarik di kawasan sekitar.

Untuk ke Pasar Payang misalnya hanya memerlukan pengunjung berjalan kaki tidak sampai lima minit.

Selain itu, hentian bas yang terletak bersebelahan hotel memudahkan pengunjung untuk bergerak menggunakan kemudahan awam.

Secara keseluruhan, Hotel Paya Bunga adalah pilihan penginapan terbaik di Kuala Terengganu. Pengunjung seluruh dunia, rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya dipelawa merasai sendiri keindahan dan kelainan Hotel Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram