Individu lengkap 2 dos vaksin bakal dilonggarkan SOP

Dikemas Kini: 18 Julai 2021
Surga Route

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta oleh kerajaan untuk menilai kemungkinan dapat melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin termasuk dari segi pergerakan rakyat dan beberapa aktiviti sosial lain sebagai petanda bahawa kehidupan rakyat secara beransur kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin berkata, “Ini inisiatif ke depan dan dalam tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), itu hanya sehingga akhir tahun,” katanya.

JKJAV pertimbang kelonggaran SOP untuk individu lengkap 2 dos vaksin
Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin. Gambar Fail

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata semua pihak perlu meletakkan keyakinan terhadap pelbagai usaha yang digerakkan oleh kerajaan.

“Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan. Jangan sesekali percaya dengan kempen 'kerajaan gagal', tetapi yakin.

"Dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan, swasta, rakyat jelata dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita boleh menang dalam hadapi peperangan ini,” ujar beliau.

FOTO HIASAN.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan ketika ini menjadi harapan kepada negara untuk keluar daripada krisis kesihatan.

Jadi, cepat-cepat dapatkan 2 dos vaksin ya !

Sumber : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram