Industri penerbangan dijangka pulih bermula 2022

Dikemas Kini: 21 Jun 2021
Surga Route

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan industri penerbangan akan kembali pulih bermula tahun 2022 dengan pembukaan semula perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa secara berperingkat.

Tony fernandes jangka industri penerbangan pulih pada 2022
Tony Fernandes. Kredit : Nation Thailand

Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen diperlukan untuk tujuan perjalanan selepas situasi pandemik COVID-19 pulih kelak.

airasia akan pulih pada 2022
Pesawat-pesawat Airasia. Sumber : Financial Times

"Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa," kata beliau semasa webinar mengenai 'Communication Organisational Change Across Culture'.

Webinar itu dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk rekod, AirAsia mencatat kerugian bersih sebanyak RM976 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021, meningkat 2.4 peratus berbanding kerugian bersih dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Just Like That, AirAsia Group Says It's a Digital Lifestyle Company — Or  Not – Skift
Senarai syarikat di bawah kumpulan AirAsia. Sumber : Skift

Sumber : Bernama

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram