Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021
Surga Route
|
26 February 2021
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut.
Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh dengan kos RM107 juta kini hampir 100 peratus siap dan bakal beroperasi pada Mei depan.
Mercu tanda baharu dengan reka bentuk unik bermotifkan kepala bangau dan sepanjang 133 meter di Pulau Poh itu bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada produk-produk pelancongan sedia ada di Tasik Kenyir, bahkan meningkatkan jumlah pengunjung ke destinasi tumpuan ramai tersebut
Projek pembinaan jabatan ikonik Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dalam pembinaan . -Kredit : UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Jambatan ikonik tersebut adalah sebahagian daripada skop projek pembangunan pusat bebas cukai Tasik Kenyir. Selain jambatan, terdapat beberapa kemudahan lain yang turut dibina antaranya terminal utama jeti penumpang dan kargo di samping 150 bilik hotel bertaraf tiga bintang.
Setelah pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun tergendala akibat COVID-19, akhirnya orang ramai berpeluang juga mengunjungi taman yang terletak bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam tersebut. Ia diharap dapat menjadi mercu tanda baharu di Selangor seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ! Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata taman yang menelan belanja RM3.8 […]
Jika anda mencari tempat yang santai dan mahukan persekitaran jauh dari kota , haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai percutiannya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor. Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah anda dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena ! Ditambah pula dengan pemandangan sawah padi yang […]
Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji secara rasmi untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di Riyadh. "Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada […]
Kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari sesebuah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain. Bagaimanapun, kebenaran pergerakan merentas negeri itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian […]
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]