Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Dikemas Kini: 7 Ogos 2021
Surga Route

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021).

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara ini termasuk kadar vaksinasi dan kebenaran kerajaan Arab Saudi.

"Insya-Allah dalam tahun ini, malah saya yakin mungkin dalam sebulan dua lagi, tetapi mengikut keadaan COVID-19 yang kita hadapi di samping kebenaran negara sana (Arab Saudi).

Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun ini
Gambar Fail Harakahdaily

"Kita harap isu berkaitan penularan pandemik COVID-19 dapat diredakan sebaik mungkin dan dalam masa sama proses vaksinasi dapat diperbanyakkan lagi," katanya.

Beliau berkata kebenaran itu juga bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta SOP kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi telah membuka kembali pintunya kepada pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia sejak 1 Ogos lepas, dengan mempermudahkan prosedur mendapatkan visa bagi tempoh setahun dan kebenaran tinggal hingga 90 hari di negara itu.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata kerajaan telah bersiap sedia dengan beberapa tanah perkuburan antaranya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menampung jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.

Selain itu, katanya, kementerian juga telah mewujudkan sebuah pasukan khas yang antara lain berperanan memastikan jenazah pesakit COVID-19 dikebumikan dengan cepat.

"Kita akan tengok (proses) dari bilik mayat ke tanah perkuburan, kalau boleh kurang 24 jam dan apa yang saya lihat di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini boleh disingkatkan kepada lima atau enam jam. Namun, saya mohon kalau boleh tiga hingga empat jam selesai," katanya.

SUMBER : ASTRO AWANI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram