Kerajaan negeri Kedah berhasrat membuka semula sektor pelancongan domestik khususnya di Pulau Langkawi menjelang November 2021 apabila negara mencapai tahap imuniti kelompok COVID-19 mengikut sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus seperti diumumkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, hasrat tersebut selari dengan pengumuman supaya lebih banyak pihak terlibat dalam industri pelancongan dapat divaksinasi secara besar-besaran bagi mencapai status imuniti kelompok agar sektor pelancongan dapat dibuka semula.

Kerajaan Kedah hasrat buka sektor pelancongan pada november
Kredit : FlyKLIA

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah berkata, hasrat kerajaan negeri sejajar dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa Langkawi antara yang akan diberi keutamaan untuk mendapatkan status imuniti kelompok.

"Ketika ini, populasi penduduk Langkawi ialah 111,500 orang, yang mana jumlah yang layak dan telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin ialah 76,400 orang.

"Jadi, sekurang-kurangnya 30,530 jumlah penduduk yang telah disuntik vaksin diperlukan bagi mencapai tahap imuniti kelompok mengikut sasaran pada September 2021 dan seterusnya meyakinkan orang ramai khususnya pelancong yang telah divaksin akan berkunjung ke sini nanti," katanya.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia bersama agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri Kedah akan menggembleng tenaga dan usaha mengikut garis masa kempen ditetapkan bagi mencapai hasrat tersebut

Menurut Mohd Firdaus, antara usaha diambil bagi mencapai imuniti kelompok untuk membuka semula sektor pelancongan termasuklah menyediakan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu atau menyediakan khidmat pemberian vaksin dari rumah ke rumah.

Tambah beliau, kerajaan Persekutuan juga di dalam Pelan Pemulihan Negara ada mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri di dalam fasa keempat Pelan Pemulihan Negara bergantung kepada perkembangan semasa kes jangkitan Covid-19 pada waktu itu.

"Kita seharusnya sedar bahawa pemain industri tempatan telah sekian lama tenat dan sentiasa mengharapkan agar sektor ini dapat dibuka semula walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.

Mohd Firdaus menjelaskan pembukaan semula industri pelancongan dapat mengimbangi kerugian sekaligus meningkatkan semula pendapatan mereka yang terjejas.

Katanya, beliau menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama berjuang ke arah matlamat ini, sentiasa mematuhi SOP dan segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin bagi yang belum mendaftar.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram