Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat dan satu inisiatif untuk terus bergerak ke hadapan sewaktu pandemik.

Perdana Menteri berkata, kelonggaran tersebut sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran.

Beliau turut meminta masyarakat bersabar kerana jangka masa Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya sehingga akhir tahun ini.

kelonggaran sop buat penerima dua dos vaksin
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin, Perdana Menteri Malaysia. Gambar Fail

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, antara fokus program vaksinasi yang kini sudah mencapai lebih 400,000 suntikan sehari ialah di kawasan Greater Klang Valley.

Katanya, ia meliputi Selangor, Kuala Lumpur, sebahagian Pahang, selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang menunjukkan kes jangkitan masih tinggi.

"Saya percaya dengan langkah tumpuan khusus untuk kawasan ini, maka kes COVID-19 dapat kita uruskan dengan baik.

"Yang juga agak baik ialah kerana vaksinasi mengikut jadual dan kita harap dalam tempoh bulan ini atau bulan depan, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah.

"Jadual (sasaran imuniti kelompok) yang kita unjurkan dalam PPN iaitu sebelum akhir tahun, insya-Allah (dicapai)," katanya.

Sumber : Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
18 July 2021
Kenderaan masuk Kelantan dari arah Utara meningkat 5 peratus

Kemasukan kenderaan dari arah utara ke negeri ini menerusi Jalan Gerik-Jeli meningkat lima peratus sejak 16 Julai. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata pertambahan jumlah kenderaan dikesan dari Perak, Kedah dan Perlis. Bagaimanapun, katanya, tidak berlaku pertambahan jumlah kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya Gua Musang dan Pasir […]

Selanjutnya
18 July 2021
Polis Terengganu perketat kawalan di pintu masuk, elak cubaan rentas negeri secara haram

Polis negeri Terengganu mengadakan kawalan ketat di pintu masuk utama ke negeri ini iaitu sempadan Terengganu/Kelantan dan Terengganu/Pahang serta laluan tikus bagi memastikan tiada cubaan rentas negeri secara tidak sah menjelang Aidiladha. Bagi memastikan kawalan berjalan lancar, pihak polis negeri Terengganu menambah kekuatan anggota di setiap sekatan jalan raya (SJR) iaitu daripada empat kepada enam […]

Selanjutnya
18 July 2021
Rakyat diingatkan tidak rentas daerah & negeri bagi sambutan Aidiladha 1442H

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan rakyat supaya tidak merentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha 1442 Hijrah minggu depan. Beliau berkata pertambahan kes dan kluster akibat rentas negeri ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak. “Rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan […]

Selanjutnya
18 July 2021
Perlis akan adakan Solat Aidiladha di tanah lapang, larang individu rentas negeri untuk turut serta

Seperti perayaan Aidilfitri sebelum ini, Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dilaksanakan di tanah lapang. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia selaras dengan sunnah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup. "Solat akan dilaksana pada 8 pagi di tanah lapang pekarangan […]

Selanjutnya
18 July 2021
Kelonggaran SOP buat penerima dua dos vaksin COVID-19 : Kemungkinan dibenarkan rentas daerah & makan di restoran ?

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat dan satu inisiatif untuk terus bergerak ke hadapan sewaktu pandemik. Perdana Menteri berkata, kelonggaran tersebut sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Beliau turut […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram