Kenderaan masuk Kelantan dari arah Utara meningkat 5 peratus

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Kemasukan kenderaan dari arah utara ke negeri ini menerusi Jalan Gerik-Jeli meningkat lima peratus sejak 16 Julai.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata pertambahan jumlah kenderaan dikesan dari Perak, Kedah dan Perlis.

Bagaimanapun, katanya, tidak berlaku pertambahan jumlah kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya Gua Musang dan Pasir Puteh.

"Mereka yang masuk ke negeri ini ada alasan kerana mempunyai surat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kebanyakan mereka ada surat termasuk mahu menziarahi kematian ahli keluarga, ziarah keluarga yang sakit dan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Machang turut berlaku pertambahan kenderaan sebanyak 15 peratus sejak semalam.

"Pertambahan kenderaan di bandar utama ini kerana orang ramai keluar membeli barang keperluan bagi menyambut Aidiladha," katanya.

Abdullah meminta masyarakat terus patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 berikutan kes harian di Kelantan masih tiga angka.

Sumber : Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram