Kolam renang lutsinar buatkan anda seperti terapung di tengah London

Dikemas Kini: 21 Jun 2021
Surga Route

Baru-baru ini, sebuah kolam renang lutsinar yang dibina antara dua bangunan tinggi di barat daya London mula menjadi perhatian ramai.

Disifatkan sebagai jambatan kolam renang lutinsar pertama dunia dan struktur akrilik terbesar, Sky pool terletak antara dua bangunan kediaman mewah iaitu Embassy Gardens di Nine Elms.

Kolam Renang Lutsinar Pertama Di Dunia Dibuka Ditengah-Tengah 2 Menara |  Rileklah.com

Dengan ketinggian 30 meter, kolam lutsinar itu mempunyai kedalaman tiga meter dan sebanyak 375 tan air digunakan untuk memenuhi ruang kolam renang tersebut. Dikatakan, kolam renang tersebut mampu menampung sehingga 400 tan air..

Selain itu, pengguna kolam terbabit turut dijamu dengan pemandangan elit kota London termasuk London Eye dan bangunan Parlimen. Tetapi, pengguna kolam hanya terhad kepada penghuni bangunan ini sahaja tau !

Jadi, orang awam hanya boleh melihat penghuni bangunan tersebut menggunakan kolam renang terbabit dari bawah sahaja.

Dibawa dari negeri Colorado, Amerika Syarikat, kolam renang itu dihubungkan pada kedua-dua bangunan itu menggunakan teknologi yang mampu menyesuaikannya dengan perubahan angin.

London's new see-through Sky Pool is first of its kind | CNN Travel
Sumber : CNN

Menurut laman web kolam renang tersebut, konsep untuk menghasilkan kolam renang lutsinar tersebut muncul pada tahun 2013.

“Ia merupakan satu idea yang hebat dan kami berasakan ia amat istimewa.

Pada waktu itu, kami tidak tahu adakah idea itu dapat dilaksanakan, dan jika lima tahun lepas, ia sememangnya tidak mampu dilaksanakan.

“Disebabkan adanya teknologi yang maju, barulah ia menjadi realiti,” ujar Pengerusi Ballymore, Sean Mulryan.

Ballymore merupakan syarikat pemaju yang membangunkan kolam renang tersebut.

London gets Sky Pool, swimming pool between skyscrapers. Viral video makes  Twitter say NO - Trending News News

“Apabila anda berenang, anda boleh melihat ke bawah. Anda akan berasa seperti terapung di udara” kata salah seorang juruteranya, Brian Eckersley.

Menurut pereka kolam renang tersebut, kolam tersebut dibina dengan ilham memberikan ketenangan berada terapung di tengah-tengah bandar London. 

Fuh, kalau anda berani tak mandi disini ?

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram