KPDNHEP mahu mohon kebenaran makan di premis sewaktu PKP 2.0
Surga Route
|
7 February 2021
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, permohonan itu akan dikemukakan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Beliau berkata, permohonan itu dibuat bagi membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.
“Bagi setiap satu premis yang dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan sekurang-kurangnya lima individu yang terlibat dalam rantaian pembekal barangan dan bahan mentah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak ‘Prihatin Mart’ di Dataran Kampung Langgar pada Sabtu.
Beliau berkata, rata-rata pemilik premis dan trak makanan yang mengadu nasib mereka kepada KPDNHEP berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MKN sekiranya aktiviti itu dibenarkan.
Sementara itu, Rosol berkata, KPDNHEP juga akan memohon supaya premis menjual pakaian dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini demi memastikan kelangsungan hidup peniaga dan pekerja terutama di musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa bulan lagi.
“Kita tahu sekarang ini kita dalam dilema antara ekonomi dan kesihatan. Lagipun kluster baharu banyak berlaku di kawasan tapak pembinaan, kawasan-kawasan perniagaan seperti restoran dan kedai makan, pasar malam dan premis jual pakaian tiada lagi kluster jadi kita harap MKN dapat pertimbangkan.
“Ini rintihan rakyat dari akar umbi yang terkesan dengan Covid-19,” katanya.
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]