Kriteria kelonggaran SOP akan diumumkan minggu hadapan

Dikemas Kini: 18 Julai 2021
Surga Route

Astro Awani melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kriteria dan keputusan kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 termasuk kebenaran merentas daerah akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada minggu hadapan.

Kriteria dan keputusan kelonggaran SOP akan diumumkan minggu hadapan
Muhyiddin Yassin. Gambar fail : mStar

“Ini kerana mesti ada kebebasan dan kelebihan terutama untuk keluar walaupun tak rentas negeri, pertama pun rentas daerah dulu selepas itu untuk mereka berbelanja di kedai-kedai,” katanya di sini hari ini.

“Tetapi penting rakyat tidak boleh ambil mudah dengan tidak patuh SOP. Penjarakan sosial masih penting, pakai pelitup muka perlu dan sanitasi tangan wajib.

“Kalau itu dipatuhi, saya percaya macam yang kita unjurkan sebelum akhir tahun, mungkin kita akan selesai. Masalah vaksinasi secara berperingkat dan keadaan kembali normal,” kata Perdana Menteri.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram