Lapangan Terbang Mukah bernilai RM300 juta mula beroperasi

Dikemas Kini: 17 Jun 2021
Surga Route

Satu berita baik bagi industri penerbangan Malaysia terutamanya bagi mereka yang tinggal di Mukah, Sarawak.

Lapangan Terbang Mukah, Sarawak
Lapangan Terbang Mukah. Kredit : Bernama

Sebuah projek infrastruktur, Lapangan Terbang Mukah yang baharu telah dibuka secara rasmi, selepas mencapai kejayaan dalam percubaan kesediaan operasi dan pemindahan lapangan terbang (ORAT) bulan lalu (Mei 2021).

Lapangan terbang baharu bernilai RM300 juta itu akan menggantikan semua fungsi terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) sebelum ini.

Lapangan terbang yang terletak 7 km dari bandar Mukah itu dibina di atas tanah berkeluasan 115.3 hektar, dengan bangunan terminal baharu, landasan, Menara Kawalan Trafik Udara, pejabat, bangunan VIP, balai bomba dan kemudahan menunggu penumpang.

Lapangan Terbang Mukah, Sarawak
Lapangan Terbang Mukah. Kredit : Bernama

Lapangan Terbang ini juga memiliki 100 lot parkir, 20 lot parkir teksi, 20 lot parkir motosikal dan dua lot parkir bas.

Menurut pengiraan, terminal baharu yang berkeluasan 3,120 meter persegi itu mampu menampung sehingga 200 penumpang pada satu-satu masa berbanding STOLport sebelum ini yang hanya mampu mengendalikan 67 penumpang sahaja. Secara keseluruhannya, terminal baharu itu mampu menampung 264,000 penumpang setahun.

Lapangan Terbang Mukah, Sarawak
Lapangan Terbang Mukah. Kredit : Bernama

Lapangan terbang ini turut memiliki landasan baru sepanjang 1.5 kilometer (km) yang mana jarak terbabit sesuai untuk operasi turboprop dan helikopter dan ia berpotensi dipanjangkan untuk pesawat jet yang lebih besar seperti Boeing 737 dan Airbus A320 pada masa depan.

Pembukaan Lapangan Terbang ini diharapkan akan membantu memacu perhubungan bandar pesisir dan kawasan sekitarnya di Sarawak. Ini tepat pada masanya dan penting terutama dalam tempoh pandemik yang mencabar ini untuk penghantaran bekalan keperluan seperti ubat, makanan, bekalan asas ke kawasan terpencil di negara ini.

Lapangan Terbang Mukah, Sarawak
Lapangan Terbang Mukah. Kredit : Bernama

Dengan status yang telah ditambah baik, Lapangan Terbang Mukah kini boleh mengendalikan lebih banyak penumpang dan mengukuhkan prospek bandar terbabit dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan. Memang terbaik !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram