Pesawat Malaysia Airlines Dengan Jalur Gemilang Bawa Vaksin COVID-19

Dikemas Kini: 19 Februari 2021
Surga Route

Pesawat penumpang milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini (21 Februari 2021).

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari.

Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.

IMG_12861-Resize.JPG
Pesawat A350 Malaysia Airlines dengan Livery Jalur Gemilang. Kredit : Yuzar Alamsyah Usman

"Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ," katanya kepada Bernama.

Sebagai info tambahan, pesawat Malaysia Airlines dengan livery khas Jalur Gemilang digunakan buat pertama kali pada 2017 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Livery tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif 'Negaraku', iaitu sebuah gerakan di peringkat nasional bertujuan meningkatkan penyatuan rakyat dan membangkitkan semangat patriotisme.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Pesawat Malaysia Airlines dengan jalur gemilang akan bawa vaksin covid-19

Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan.

"Ketika pandemik penumpang tiada. Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka," katanya.

Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin, Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.

"Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir," katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan, vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Februari, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Ketibaan vaksin kumpulan pertama yang dinanti-nantikan ini akan disiarkan secara eksklusif melalui Facebook Live di laman sosial Facebook KKM sendiri. 

Facebook Live tersebut akan disiarkan secara siaran langsung pada jam 9 pagi, tarikh 12 Februari (Ahad) ini.

May be an image of ‎text that says '‎f LIVE EKSKLUSIF DI FB LIVE KKM بين KEMEANY izer TONTON KETIBAAN KUMPULAN VAKSIN PERTAMA PADA 21 FEBRUARI 2021 comms@moh comms‎'‎

Jangan lupa untuk saksikan peristiwa bersejarah ini pada hari Ahad nanti.

- BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram