malaysia airlines fixed fare flight chinew new year tambang murah harga tetap tahun baru cina 2021

Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Tetap Sempena Perayaan Tahun Baru Cina !

Tag:
Dikemas Kini: 6 November 2023
Surga Route

Malaysia Airlines menawarkan tambang murah dengan harga tetap bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik mulai hari ini hingga 17 Januari.

Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Tetap Sempena Perayaan Tahun Baru Cina !

Tempat duduk yang ditawarkan itu untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari iaitu bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Harga tiket boleh didapati serendah RM129 untuk penerbangan domestik sehala di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah.

Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Tetap Sempena Perayaan Tahun Baru Cina !

Promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan penumpang pulang ke kampung bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.

Apa yang menarik, jika anda memilih tambang MH Flex Economy, anda mendapat kelebihan dan fleksibiliti akses untuk mengubah tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.

Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Tetap Sempena Perayaan Tahun Baru Cina !
Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Tetap Sempena Perayaan Tahun Baru Cina !

Selain itu, dengan tambang MH Flex Economy ini anda bakal mendapat faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan selain dapat menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma.

Dari segi keselamatan di waktu pandemik ini, pihak Malaysia Airlines memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat. Malaysia Airlines sentiasa melakukan kerja-kerja nyahkuman dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.

Bagi anda yang malas nak fikirkan lokasi penginapan, Malaysia Airlines dengan cabangan operasinya MH Holidays menawarkan pakej ‘Staycation‘ di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.

Tempoh tempahan untuk tawaran Staycation mulai sekarang sehingga 10 Januari!

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram