Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang.

Malaysia Airlines tawar kadar tiket istimewa buat penerima dos vaksin
Malaysia Airlines Tawar Tiket Dengan Kadar Istimewa

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, 2021 dan ia sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan COVID-19.

"Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

"Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting," katanya.

Lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines sudah menerima suntikan vaksin setakat ini.

Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkap suntikan dua dos vaksin COVID-19 menjelang bulan Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos 2021.

Kelonggaran ini juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua untuk melawat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran istimewa ini , layari laman web http://www.malaysiaairlines.com.

-BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram