Malaysia dahului senarai destinasi percutian mesra Muslim 2021

Tag:
Dikemas Kini: 18 Julai 2021
Surga Route

Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik bagi pelancong muslim melalui MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2021.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pencapaian itu susulan usaha dan komitmen berterusan Malaysia dalam mengembangkan pelancongan mesra muslim dalam pasaran global.

malaysia dahului senarai percutian mesra muslim
Datuk Seri Nancy Shukri. Gambar Fail : The Star

"Malaysia akan sentiasa menyokong penuh dan komited untuk meneruskan pembangunan segmen Percutian Mesra Muslim, yang menjadi peningkatan signifikan kepada pasaran pelancongan global," katanya semasa menyampaikan ucaptama Memperkukuhkan Kedudukan Malaysia dalam Pasaran Pelancongan Islam sempena Sidang Kemuncak Global Halal In Travel 2021.

Beliau dalam masa sama, memohon semua pemain industri agar terus meneroka peluang-peluang yang ada untuk lebih bersedia apabila pelancongan mula pulih dan dibuka semula.

Masjid Ubudiah | Antara masjid yang menjadi ikon negeri Perak

Malaysia juga berminat untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong dari seluruh duniauntuk melancong ke dalam negara.

"Bagi pelancong Muslim, kami akan memastikan Malaysia adalah tempat yang anda akan merasa selesa. Kami membangunkan Malaysia untuk menjadi pelancongan mesra Muslim dan destinasi hospitaliti yang unik dan bermakna, selain memenuhi keperluan asas diperlukan," ujarnya.

Justeru katanya, Pusat Pelancongan Islam (ITC) memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian ke atas industri pelancongan Muslim.

Economy of Malaysia - Wikipedia

"ITC telah mengendalikan dua kajian terhadap pelancongan Islam di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11 dan telah bertanggungjawab melaksanakan 24 projek penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Pelancongan Islam yang ditubuhkan pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, 14 kajian telah siap dan 10 sedang diusahakan," tambah Nancy.

Usaha dilakukan ITC itu sekali gus menggalakkan lebih banyak idea yang inovatif, serta meluaskan potensi hospitaliti dan pelancongan mesra muslim negara.

Surgaroute !

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram