Malaysia Larang Kemasukan Pelancong dari 8 Negara Kes Omicron

Dikemas Kini: 3 Disember 2021
Surga Route

Malaysia telah mengenakan larangan kemasukan pelancong dari 8 negara yang telah disenaraikan mempunyai kes COVID-19 daripada varian Omicron dan senarai tersebut akan dikemas kini setiap hari berdasarkan kepada penilaian yang akan dibuat oleh KKM.

Malaysia Larang Kemasukan Pelancong dari 8 Negara Kes Omicron


Mungkin ada soalan kenapa hanya negara yang diumumkan, sedangkan kes Omicron sudah dikesan di negara-negara yang lain ? Sebenarnya, penilaian KKM mengambil kira sama ada kewujudan Omicron itu adalah dari kes import ataupun daripada kes komuniti.

Menurut Astro Awani, KKM menyenaraikan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dan Malawi dalam senarai sekatan perjalanan sementara kerana varian omicron ini boleh merebak jauh lebih cepat daripada varian lain serta telah menunjukkan kebarangkalian yang tinggi bahawa ia lebih mudah dijangkiti.

20 negara sudah melaporkan pengesanan varian Omicron setakat ini dan 203 daripada 215 kes varian itu telah dilaporkan dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).

Kementerian Kesihatan juga telah memutuskan untuk mengenakan sekatan perjalanan sementara ke atas bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara yang dianggap berisiko tinggi penyebaran Omicron atau mereka yang pernah ke negara yang sama 14 hari sebelumnya.

Sekatan itu juga katanya akan dikenakan kepada pekerja asing serta pelajar antarabangsa dari negara terbabit.

Negara yang sah dijangki varian Omicron ketika ini ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswathini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Selain itu turut dikenal pasti adalah negara yang melaporkan kes Omicron iaitu Belanda, Portugal, United Kingdom, Australia, Hong Kong SAR, Itali, Brazil, Kanada, Denmark, Sepanyol, Perancis, Israel, Austria, Belgium, Republik Czech, Jerman, Sweden dan Jepun menjadikan secara keseluruhan, 18 negara telah melaporkan kes omicron.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram