'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Tag:
Dikemas Kini: 1 September 2021
Surga Route

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin.

Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti.

Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' di sebatang jalan berhampiran kota Gaza, bandar terbesar di Palestin yang dikuasai kerajaan Hamas.

Malaysia Street di Gaza, Palestin

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran, berkata pembinaan papan tanda yang tertera 'Malaysia Street' di laluan masuk itu diluluskan Majlis Perbandaran Gaza.

"Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di daerah barat Gaza sebagai 'Malaysia Street', bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2021)

"Lokasi (jalan ini ialah) berdepan Bulatan Ansar, barat kota Gaza," katanya menerusi Twitter.

Malaysia Street di Gaza, Palestin

Sambil memuat naik gambar yang menyaksikan tiga lelaki sedang giat melakukan kerja pembinaan, papan tanda berwarna itu antara lain tertera penjelasan di sebalik keputusan nama jalan terbabit.

Malaysia Street di Gaza, Palestin
tiga lelaki sedang giat melakukan kerja pemasangan papan tanda ' Malaysia Street'

Menurut terjemahan bahasa Arab pada papan tanda itu, Malaysia mempunyai peranan penting dalam membantu perjuangan rakyat Palestin, dengan berterusan mendesak supaya menghentikan penjajahan Israel dan memperuntukkan semua hak sewajarnya kepada rakyat Palestin.

Malaysia sebagai negara yang bebas daripada belenggu penjajah British pada 31 Ogos 1957 juga menolak sebarang bentuk normalisasi menerusi tindakan penjajahan yang didalangi Israel.

Kredit : Berita Harian & Twitter Muslim Imran

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram