Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya

Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Dikemas Kini: 8 September 2021
Surga Route

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini, Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang Skypark yang menjadi pilihan bagi perjalanan domestik.

Malindo back in the air | TTR Weekly

"Sempena pembukaan semula Langkawi khusus buat individu yang sudah lengkap divaksin selain sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Malindo Air menawarkan 15 kilogram (kg) percuma bagasi.

"Ia diberikan kepada semua pemegang tiket 'Super Saver' yang melakukan perjalanan dengan semua penerbangan kami," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Langkawi International Airport among top 7 airports in the world
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi . Sumber : The Star
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan  Kaki
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi . Sumber : Vocket

Mushafiz berkata, 2021 adalah tahun yang mencabar buat industri penerbangan namun keadaan kini disifatkan semakin baik dan pembukaan semula Langkawi sangat bernilai bagi memajukan semula industri penerbangan dan pelancongan yang terjejas teruk.

Katanya, pihaknya berharap pembukaan semula ini akan memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.

"Malindo Air akan bekerjasama dengan kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tourism Malaysia untuk memastikan inisiatif pelancongan ini berterusan dengan kaedah selamat dan berkualiti.

"Kami juga memastikan semua kakitangan kami lengkap divaksin untuk mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada orang ramai dan pelanggan," katanya.

Beliau berkata, perjalanan dalam tempoh COVID-19 dijangka menjadi lebih kompleks di mana penumpang masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan sekatan tertentu yang masih perlu diguna pakai.

Sumber : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram