Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) merayu kerajaan menyediakan beberapa bentuk pelepasan cukai untuk meringankan beban kewangan kira-kira 3, 000 ahlinya kerana mereka sedang mengalami ketiadaan pendapatan dan menanggung hutang yang besar.

Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA): ITB Berlin -

Setiausaha Agung Kehormat MATTA, Nigel Wong berkata sebarang bentuk pelepasan cukai akan disambut baik pihaknya memandangkan bantuan kewangan untuk sektor perjalanan dan pelancongan adalah amat sedikit.

“Selain itu sekitar 90 peratus daripada 47,000 pekerja dalam sektor ini kini menganggur,” katanya dalam program 'Midday Update' yang disiarkan Bernama TV minggu lepas.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan MATTA agar kerajaan merangka pelan hala tuju pemulihan pelancongan.

Sektor pelancongan perlu pelepasan cukai, bantuan kewangan kerajaan – The  Nusantara Daily
Setiausaha Agung Kehormat MATTA, Nigel Won

MATTA mahu lanjutan moratorium pinjaman oleh bank turut merangkumi syarikat pajakan, susulan kebanyakan bas dan van yang digunakan syarikat pelancongan dan perjalanan dibeli daripada syarikat pajakan, katanya
Beliau berkata untuk mengekalkan kumpulan kenderaan pengangkutan seperti bas dan van secara kewangan sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lepas telah memaksa perniagaan untuk menghentikan operasi, katanya.

Wong berkata anggaran MATTA berdasarkan tinjauan ke atas 3,000 ahlinya sahaja mendapati hampir atau tidak lebih daripada 9,000 kenderaan dikelaskan sebagai bas persiaran (bas pelancongan).

“Berdasarkan konteks, sebuah bas pelancongan dengan 40 tempat duduk boleh membabitkan kos RM490,000 hingga RM580,000. Ini bermaksud pembayaran pajakan dan pinjaman boleh menjadi terlalu tinggi, terutama dalam keadaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata dalam persekitaran sukar ini, MATTA menggesa inisiatif bersasar dilaksanakan untuk membantu meringankan beban kewangan dan perbelanjaan, di samping menyokong sektor ini mengekalkan kumpulan bakatnya dan memelihara industri.

“Berdasarkan tinjauan ke atas 3,000 ahli kami, agensi pelancongan sahaja menggaji lebih 47,000 pekerja, tetapi jumlah rasminya jauh lebih tinggi kerana tidak semua agensi pelancongan menjadi ahli MATTA.

“Buat masa ini, kami menganggarkan lebih 90 peratus daripada pekerja tu sama ada diberhentikan atau cuti tanpa gaji,” katanya.

Beliau berkata jumlah itu mungkin tidak termasuk profesional bebas seperti pemandu pelancong dan pekerja kontrak yang juga bekerjasama dengan agensi pelancongan.

Wong berkata kerajaan juga perlu melonggarkan peraturan undang-undang bagi syarikat perjalanan dan pelancongan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat dikurangkan bagi sementara waktu manakala bayaran Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dapat dikecualikan.

Mengenai pelepasan cukai, beliau berkata pada 2020, MATTA telah meminta kerajaan menurunkan cukai ke atas keuntungan yang diperoleh pada 2019 sebagai cara untuk menyokong aliran tunai dalam menghadapi cabaran akan datang.

“Kini, tanpa pendapatan pelancongan dan banyak agensi menanggung beban hutang bayaran sewa, pajakan dan pinjaman, semua bentuk pelepasan cukai dalam Belanjawan 2022 amatlah dialu-alukan.

“Sektor pelancongan berada dalam keadaan terawang-awang bukan sahaja ketika ini malah sejak bermulanya pandemik apabila hotel-hotel tidak beroperasi susulan sekatan pergerakan berlanjutan,” katanya.

Ketika ditanya sama penggabungan dan penyatuan boleh menjadi cara untuk syarikat pelancongan bertahan dan didorong oleh keadaan sukar dan kelembapan perniagaan semasa, beliau berkata: “MATTA telah mengemukakan idea itu kepada ahli, menggabungkan sumber sebagai langkah strategik bukan sahaja untuk kelangsungan mereka malah berkembang apabila perniagaan kembali lebih baik pada masa depan.”

MATTA Fair gesa kerajaan beri pelepasan cukai dan bantuan untuk sektor pelancongan

Mengenai dana untuk memiliki kemahiran baharu, beliau berkata pekerja agensi pelancongan amat berbakat serta cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan persekitaran industri yang kompleks dan terus berubah.

Wong berkata kerajaan perlu menyediakan dana untuk pekerja agensi pelancongan dalam tempoh sukar ini memperoleh kemahiran teknologi dan bahasa baharu.

Dana juga sewajarnya disediakan untuk para profesional pelancongan mendapatkan sijil profesional seperti kursus sarjana muda atau sarjana dalam bidang pelancongan, katanya.

Beliau berkata ada ejen pelancongan y ang menceburi ruang digital untuk menawarkan perkhidmatan dalam talian.

Industri ini sendiri sedang mendorong ahli MATTA untuk diperkasakan dan menjadi cekap digital supaya apabila sempadan mula dibuka secara beransur-ansur, MATTA berharap lebih banyak ahli akan bersedia apabila sampai masanya.

Sebagai gambaran lebih jelas mengenai kesukaran melampau yang dihadapi oleh sektor ini seperti banyak sektor lain juga, beliau berkata ada pemilik agensi pelancongan kini melakukan kerja pembinaan manual untuk terus kekal bertahan.

Beliau berkata MATTA giat menggesa kerajaan supaya melaksanakan inisiatif bersasar untuk membantu mereka yang terjejas dan merancakkan semula pelancongan Malaysia yang menjadi penyumbang utama kepada kewangan negara.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
8 September 2021
Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu […]

Selanjutnya
1 September 2021
'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin. Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti. Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' […]

Selanjutnya
11 August 2021
Malaysia Airlines tawar tambang istimewa buat penerima lengkap dos vaksin COVID-19

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, […]

Selanjutnya
11 August 2021
MATA minta pengunjung dan pekerja patuhi SOP bendung penularan COVID-19

Berikutan kebenaran merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk individu lengkap dua dos vaksin Covid-19 , Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berharap agar semua ahlinya memastikan setiap pengunjung dan pekerja mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata, bagi ahli MATA terutama hotel dan inap desa, ia sudah tentu […]

Selanjutnya
7 August 2021
Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021). Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram