Promosi dan diskaun sehingga 50 peratus untuk 664 produk pelancongan di negeri Melaka boleh ditawarkan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari ini disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saari Basiron berkata, tawaran diskaun kepada penduduk negeri itu bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan rentas negeri.

Top Attractions Places To Visit & Things To Do In Melaka - Traveloka

Apabila pelancong luar tidak boleh masuk ke Melaka, kerajaan negeri Melaka amat berharap peranan penduduk tempatan untuk membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan dengan mengunjungi 664 produk pelancongan yang sedia ada.

Bagi tujuan mengalakkan penduduk melancong di negeri sendiri, BPP menawarkan potongan diskaun sebanyak 50 peratus bagi 18 lokasi pelancongan utama untuk dilawati antaranya sembilan muzium, Melaka River Cruise, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park serta Zoo Melaka.

Langkah tersebut diputuskan hasil daripada kenyataan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang memberi jaminan PKP akan tamat 4 Februari ini dan tidak akan disambung bagi mengelak kesan buruk terhadap sektor ekonomi di negara ini.

melaka tawar diskaun 50% jika PKP ditamatkan

Selain itu, sebanyak 55 hotel dari lima hingga tiga bintang juga akan menawarkan diskaun 50 peratus kepada penduduk di negeri ini untuk membawa keluarga menginap.

Antara lokasi pelancongan yang menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus adalah Bukit Batu Lebah Ecopark, Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Monorail, Air Panas Jasin, Taman Tema Air Bayou Lagoon dan Taman Tema Air Asahan.

Langkah tersebut adalah antara usaha BPP membantu pemain industri yang terjejas teruk sepanjang PKP sejak 13 Januari lalu.

Untuk pengetahuan, promosi pakej ‘Melakan Visit Melaka 2020’ yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, awal November dan berakhir Disember lalu susulan pelaksanaan PKPB sedikit sebanyak membantu melonjakkan sektor pelancongan.

Lima produk pelancongan yang mendapat kunjungan telah membuktikan kempen yang dijalankan untuk mengalakkan penduduk melancong di negeri sendiri membuahkan hasil serta dapat meringankan beban pemain industri.

Sembilan muzium dan dua galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mencatat kunjungan paling ramai dalam kalangan penduduk di negeri ini dengan 22,117 pengunjung dikuti Zoo Melaka (9,612), MIBC (6,298), Melaka River Cruise (1,898) dan Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (1,199).


SUMBER : UTUSAN ONLINE

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
8 September 2021
Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu […]

Selanjutnya
1 September 2021
'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin. Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti. Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' […]

Selanjutnya
11 August 2021
Malaysia Airlines tawar tambang istimewa buat penerima lengkap dos vaksin COVID-19

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, […]

Selanjutnya
11 August 2021
MATA minta pengunjung dan pekerja patuhi SOP bendung penularan COVID-19

Berikutan kebenaran merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk individu lengkap dua dos vaksin Covid-19 , Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berharap agar semua ahlinya memastikan setiap pengunjung dan pekerja mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata, bagi ahli MATA terutama hotel dan inap desa, ia sudah tentu […]

Selanjutnya
7 August 2021
Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021). Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram