Merdeka 118 Secara Rasmi Bangunan Ke-2 Tertinggi di Dunia

Dikemas Kini: 30 November 2021
Surga Route

Merdeka 118 kini secara rasminya boleh digelar sebagai pencakar langit ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai.

Ketinggian bangunan ini secara rasmi adalah 678.9 meter dan mempunyai dek pemandangan paling tinggi di dunia (566 meter).

PENYEMPURNAAN PUNCAK MENARA MERDEKA 118 PNB

Majlis penyempurnaan puncak Menara Merdeka 118 telah dilakukan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob di tapak pembinaan pada 30 November 2021.

PENYEMPURNAAN PUNCAK MENARA MERDEKA 118 PNB

Menurut beliau, Menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun.

PENYEMPURNAAN PUNCAK MENARA MERDEKA 118 PNB

Ini kerana, pembangunan menara ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Jalan Petaling, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi.

PENYEMPURNAAN PUNCAK MENARA MERDEKA 118 PNB

Pada masa sama ujar Ismail Sabri, pembinaan Merdeka 118 juga merupakan cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain mampu menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur.

"Merdeka 118 kini bersedia menjadi sebahagian daripada pembaharuan Kuala Lumpur dengan sejarah, rekreasi, sukan dan hiburan yang akan diaktifkan semula di ibu kota Malaysia.

"Saya teruja menantikan kesan positif serta nilai yang akan dibawa oleh mercu tanda baru ini kepada kawasan bersejarah Kuala Lumpur ini.

"Ia sememangnya satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal kita capai sebagai sebuah negara selain simbol sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu," katanya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram