Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 yang melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peralihan itu menggariskan empat fasa dengan tiga indikator utama.

PM umum empat fasa Pelan Pemulihan Negara

Fasa 1

Menurutnya, pendekatan secara berperingkat itu bermula dengan fasa pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh atau PKP Penuh di seluruh negara yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes COVID-19 harian adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

Polis Selangor tingkat jumlah SJR - Kosmo Digital
Sekatan Jalan Raya. Sumber : KOSMO

Fasa 2

Kemudian, kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Fasa Kedua merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat.

Semasa Fasa Kedua ini, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis dan kerajaan akan meneruskan pendekatan senarai positif iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup dan rentas negeri serta pelancongan masih tidak dibenarkan.

Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor. Fasa ini dijangka berlangsung pada Julai & Ogos 2021.

PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19
Perdana Menteri ketika menerima suntikan dos vaksin

Fasa 3

Fasa ketiga pula melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif, iaitu di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup.

Kerajaan akan membenarkan fasa 3 ketika purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2 ribu kes,
sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin yang dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

Fasa 4

Seterusnya, fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid -19 rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok selewatnya pada akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan di beberapa stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan boleh terus mengambil keputusan untuk bergerak ke Fasa seterusnya jika berjaya dalam tiga indikator utama pada mana-mana fasa.

“Insya-ALLAH, apabila kita telah mencapai imuniti kelompok pada Fasa Keempat, perkara-perkara ini dapat kita lakukan secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP yang ketat.

Sumber : Sinar Harian

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram