Mini Castle Kulim

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim

Dikemas Kini: 9 Disember 2021
Surga Route

Sewaktu PKP dulu, tempoh di rumah kadang-kala buat ibu bapa risau. Mana tidaknya, anak-anak terperap di rumah dan bermain telefon bimbit saja kan. Mujur sekarang dah ada banyak taman permainan kembali dibuka. Baru seronok bawa anak bermain dan lihat dunia luar.

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim


Buat ibu bapa di Kulim, Seberang Perai & kawasan berdekatan pun, sebenarnya ada juga tempat yang best untuk bawa anak-anak bermain dan bertemu kawan baharu.

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim

Apa kata, jom bawa anak-anak bermain di Mini Castle Kulim, Kedah . Lokasinya berdekatan dengan pusat membeli-belah Kulim Central.

Bangunan setinggi 3 tingkat ini dipenuhi dengan pelbagai permainan yang disukai kanak-kanak. Memang anak-anak akan puas punya dapat bermain, melakukan pelbagai aktiviti dan berlari.

Tingkat 1 mempunyai meja makan dan gelongsor. Tetapi, kalau budak yang kecil sangat tak disyorkan untuk bermain gelongsor ini. Sebab tinggi !

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim


Manakala tingkat 2, disediakan permainan ringan dan skrin besar yang menayangkan cerita kegemaran kanak-kanak seperti Ejen Ali, Upin&Ipin serta pelbagai lagi siri kartun menarik. Eh, takkan datang sini nak tengok kartun jer ? haha, sebenarnya sesuai la kalau anak-anak nak berehat, duduk kejap sambil tengok cerita kegemaran. Jangan bagi dia tengok kartun sepanjang waktu pula, buang duit haha !

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim

Tingkat ke-3 lebih banyak permainan seperti lego, trampoline, gelongsor, dan permainan yang lebih lasak buat kanak-kanak. Nak panjat dinding pun boleh. Kalau nak bermain permainan berlakon kerjaya seperti doktor,bomba,polis dan sebagainya pun ada. Siap ada pakaian lagi tau.

Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim

Pasal kebersihan tempat ini jangan risau, sebab pihak pengurusan memang ambil berat tentang hal ini. Jadi, mereka memang kerapkali sanitasi tempat ini bagi memastikan anak-anak dapat bermain dalam persekitaran yang bersih dan bebas kuman .


Sepanjang kanak-kanak bermain, ibu bapa nak buat apa pula kan ? Haa buat ibu-bapa, disediakan sedikit makanan dan minuman sementara menemani anak-anak bermain. Fasiliti lain seperti tempat mengecas telefon bimbit, tandas dan tempat makan turut disediakan. So, memang okay la. Tak bosan ler nak menunggu !

Cuma, musim-musim endemik COVID-19 ni, tambahan pula ada cerita pasal Omicron tu. Jadi, pihak pengurusan ambil langkah berjaga-jaga. Sekarang sebolehnya kena tempah slot dulu yaaa. Ini slot waktu untuk bermain.


Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim
Waktu Operasi Mini Castle
Mini Castle, Surga Bermain Buat Kanak-Kanak di Kulim

Bayaran Masuk

Bayaran dikenakan untuk kanak-kanak adalah RM28, manakala hanya RM3 untuk dewasa. Murah kan, mesti dewasa pun nak masuk juga haha

Lokasi

?Mini Castle, 635, Jalan Seraya 3/7, Pusat Perniagaan Seraya, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi

  • Isnin - Khamis : 1:30 PM - 9:30 PM ⏰
  • Jumaat - Ahad : 10 AM - 9:30 PM ⏰

Pertanyaan Lanjut

4.5 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA : MINI CASTLE, SURGA BUAT ANAK-ANAK DI KEDAH DARUL AMAN […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram