Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya

Netizen Pertikai Harga Tiket Penerbangan ke Sarawak Yang Melambung

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Saban tahun, isu harga tiket yang naik harga secara mendadak dan menjadi sangat maha ketika musim cuti panjang & perayaan masih berlanjutan tanpa ada noktah.

Kesian kepada perantau & pelajar yang tak dapat melepas kerinduan kepada mak ayah.

Terbaharu, wujud pertikaian di media sosial apabila selebriti dari Sarawak iaitu Alena Murang, memuatnaik tangkap layar harga tiket penerbangan pada bulan Disember 2021 yang sangat melampau dan tidak pernah berlaku lagi.

Malah, beliau mengatakan bahawa dengan harga sebegitu, lebih baik terbang dan menyambut perayaan di London !

Menerusi hantaran tersebut, beliau meminta Lee Kim Shin (Menteri Pengangkutan Sarawak) untuk turut bersimpati melihat tangisan anak jati Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun lepas akibat PKP, kali ini terpaksa berhadapan dengan harga tiket melampau pula sedangkan rakyat Sarawak adalah antara penyambut utama perayaan krismas di Malaysia.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @aripfredo telah membuat perbandingan harga tiket ke Sarawak dan juga penerbangan ke London justeru memohon penjelasan lanjut.

Beliau mendapati harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat Malaysia Airlines pada tarikh tersebut berharga RM1,499.18 (kelas ekonomi) untuk ke Kuching, Sarawak.

Manakala bagi penerbangan ke London ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang sama cuma berharga RM1,469.

Isu tersebut telah mendapat perhatian dan maklum balas daripada pihak Malaysia Airlines yang mengatakan harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran semasa.

Pertikaian ini telah mendapat perhatian figura politik tanah air terutamanya ahli politik dari Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri yang akan diadakan pada Disember nanti. Semoga ada penyelesaiannya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA JUGA : MACAM NAK PERGI LONDON ! HARGA TIKET KE SARAWAK JADI BUALAN NETIZEN […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram